Ciri-ciri fizikokimia, aktiviti antioksida dan indeks glisemik produk minuman berasaskan buah-buahan yang disebutkan dalam Al-Quran
Sejak akhir-akhir ini, trend pengambilan produk makanan berasaskan buah-buahan yang disebutkan dalam al-Quran (PMBQ) semakin meningkat dalam kalangan Muslim Malaysia. Produk-produk makanan ini didakwa mempunyai kesan yang baik untuk kesihatan seperti buah-buahan sebenar. Walaubagaimanapun, bukti s...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/14675/1/48_02_17.pdf http://journalarticle.ukm.my/14675/ http://www.mabjournal.com/index.php?option=com_content&view=article&id=921&catid=59:current-view&Itemid=56 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Sejak akhir-akhir ini, trend pengambilan produk makanan berasaskan buah-buahan yang disebutkan dalam al-Quran (PMBQ)
semakin meningkat dalam kalangan Muslim Malaysia. Produk-produk makanan ini didakwa mempunyai kesan yang baik
untuk kesihatan seperti buah-buahan sebenar. Walaubagaimanapun, bukti saintifik yang menyokong dakwaan ini amat
berkurangan. Kajian ini dijalankan untuk menentukan ciri-ciri fizikokimia, aktiviti antioksida dan indeks glisemik (IG) lima
produk jus campuran PMBQ tempatan. Sampel dianalisis untuk pH, warna, kelikatan, jumlah pepejal larut dan asid askorbik.
Aktiviti antioksida ditentukan menggunakan asai 2,2-difenil-1-pikrilhidrazil and kuasa antioksida penurunan ferik. Jumlah
kandungan fenolik (JKF) juga diukur. IG ditentukan menggunakan kaedah pencucukan jari. Keputusan menunjukkan bahawa
produk kajian mempunyai pH, warna dan kelikatan yang boleh diterima. Walaubagaimanapun, aktiviti antioksida dan JKF
produk adalah rendah berbanding dengan jus buah-buahan segar. Hanya Produk C mempunyai IG yang rendah (45.4) manakala
produk lain mempunyai nilai IG yang tinggi (>70). Kesimpulannya, produk kajian mempunyai ciri-ciri fizikokimia yang
baik. Namun begitu, kualiti pemakanannya tidak sama seperti buah-buahan sebenar, yang mungkin dipengaruhi oleh
pemprosesan makanan. Individu terutamanya pesakit diabetes dinasihatkan untuk berhati-hati dengan produk-produk seperti
ini kerana ia boleh meningkatkan paras glukosa darah. Sebaliknya, pengambilan buah-buahan asli adalah pilihan yang lebih
baik dalam pengawalan kesihatan. |
---|