Perbezaan budaya dalam terjemahan lagu-lagu P. Ramlee

Penterjemahan merupakan satu bidang yang menghubungkan dua budaya berbeza dalam dua kelompok masyarakat yang berbeza. Bidang penterjemahan berfungsi sebagai medium untuk memperkenalkan budaya asing kepada masyarakat supaya tidak menimbulkan salah faham. Kajian ini dilaksanakan bagi membincangkan p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Nur Akmal Rosli,, Rohaidah Kamaruddin,
Format: Article
Language:English
Published: Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/12472/1/jatma-2018-0602-04.pdf
http://journalarticle.ukm.my/12472/
http://www.ukm.my/jatma/jilid-6-bil-2/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penterjemahan merupakan satu bidang yang menghubungkan dua budaya berbeza dalam dua kelompok masyarakat yang berbeza. Bidang penterjemahan berfungsi sebagai medium untuk memperkenalkan budaya asing kepada masyarakat supaya tidak menimbulkan salah faham. Kajian ini dilaksanakan bagi membincangkan perbezaan budaya dalam terjemahan lagu-lagu P. Ramlee yang melibatkan budaya Melayu dan budaya barat. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesalahan terjemahan yang terdapat dalam lagu-lagu P. Ramlee dan membincangkan perbezaan budaya yang terdapat dalam terjemahan lagu-lagu P. Ramlee. Tiga buah lagu P. Ramlee telah dijadikan sebagai bahan kajian iaitu lagu Aci-aci Buka Pintu, Mencece dan lagu Bunyi Gitar. Pengumpulan data bagi kajian ini adalah melalui kaedah analisis kandungan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat banyak kesalahan dalam terjemahan lirik lagu tersebut. Kesalahan ini telah dinyatakan dan perbezaan budaya dalam terjemahan itu turut dibincangkan dalam kajian ini. Antara perbezaan budaya yang dikesan ialah hubungan sosial, ekologi, peribahasa dan kiasan, warna, ungkapan lisan, kepercayaan masyarakat, kebendaan dan peralatan. Kajian ini diharapkan dapat menerangkan dengan lebih jelas mengenai budaya masyarakat luar yang berbeza dengan budaya masyarakat tempatan. Kajian ini juga diharapkan dapat dijadikan sebagai bahan rujukan atau bacaan kepada sesiapa sahaja sekiranya hendak menjalankan kajian dalam bidang yang sama bagi tujuan penambahbaikan demi kepentingan bersama.