Persepsi, amalan dan keberkesanan bimbingan jurulatih SISC+ dari perspektif guru Bahasa Melayu

Kajian tinjauan melalui soal selidik dijalankan terhadap guru-guru Bahasa Melayu yang terlibat dengan bimbingan SISC+ di Zon Bangsar dan Pudu. Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui persepsi guru-guru yang dibimbing terhadap profesionalisme jurulatih SISC+; mengenal pasti amalan bimbingan yang di...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sarabiah Jusoh,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11835/1/165-319-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/11835/
http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/47
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian tinjauan melalui soal selidik dijalankan terhadap guru-guru Bahasa Melayu yang terlibat dengan bimbingan SISC+ di Zon Bangsar dan Pudu. Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui persepsi guru-guru yang dibimbing terhadap profesionalisme jurulatih SISC+; mengenal pasti amalan bimbingan yang dilaksanakan oleh jurulatih SISC+; dan mengenal pasti keberkesanan bimbingan jurulatih SISC+ terhadap pengajaran guru bahasa Melayu. Seramai 64 guru daripada 18 buah sekolah di zon Bangsar dan Pudu telah terlibat untuk menjayakan kajian ini. Kebolehpercayaan instrumen kajian menggunakan alpha Cronbach untuk amalan ialah 0.776 dan keberkesanan bimbingan ialah 0.814. Data dikumpul secara kuantitatif dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 23.0. Min, kekerapan dan peratusan digunakan dalam menganalisis data. Hasil kajian menunjukkan bahawa guru-guru bahasa Melayu yang dibimbing mempunyai persepsi yang positif terhadap bimbingan jurulatih SISC+; amalan bimbingan yang dilaksanakan oleh jurulatih SISC+ juga tinggi; dan bimbingan yang diberikan berkesan dalam meningkatkan kualiti pengajaran guru yang dibimbing. Justeru, kajian ini mendapati bahawa amalan dan bimbingan yang dilakukan oleh SISC+ terhadap guru-guru bahasa Melayu adalah berkesan.