Persepsi faktor mempengaruhi kesetiaan pekerja bukan pengurusan

Kertas ini membincangkan persepsi faktor yang mempengaruhi kesetiaan pekerja peringkat buka pengurusan kepada organisasi. Penyelidikan yang berbentuk tinjauan ini dijalankan di sebuah firma pembuatan. Soal selidik telah diedarkan kepada 100 orang sampel kajian yang terdiri daripada pekerja peringkat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ismail, Zakaria, Mohd Makhbul, Zafir
Format: Article
Language:English
Published: Sekolah Pengurusan, Universiti Utara Malaysia 2000
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/500/1/Zakaria_Ismail.pdf
http://repo.uum.edu.my/500/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas ini membincangkan persepsi faktor yang mempengaruhi kesetiaan pekerja peringkat buka pengurusan kepada organisasi. Penyelidikan yang berbentuk tinjauan ini dijalankan di sebuah firma pembuatan. Soal selidik telah diedarkan kepada 100 orang sampel kajian yang terdiri daripada pekerja peringkat bukan pengurusan firma berkenaan. Antara penemuan utama dalam kajian ini secara keseluruhannya faktor organisasi berada di tahap yang memuaskan, manakala faktor ganjaran mencukupi dan adil berada di tahap yang agak rendah. Tahap kesetiaan responden pula sederhana. Analisis korelasi Pearson menunjukkan faktor latihan dan pembangunan kerjaya mempunyai hubungan paling signifikan dengan kesetiaan kepada organisasi. Faktor ganjaran mencukupi dan adil serta hak pekerja dalam organisasi juga mempunyai hubungan signifikan dengan kesetiaan. hanya faktor persekitaran tempat kerja yang selesa dan integrasi sosial dalam organisasi tidak mempunyai hubungan yang signifikan. kajian ini juga mendapati perbezaan yang signifikan dalam kesetiaan kepada organisasi antara kumpulan pekerja mengikut umur, pendapatan, dan tempoh perkhidmatan. faktor lain seperti tahap pendidikan dan jantina tidak memberi apa-apa perbezaan dalam kesetiaan kepada organisasi.