Pembangunan Model Pematuhan Berterusan Pensijilan Halal Malaysia bagi Premis Makanan Berskala Kecil dan Sederhana (PKS)
Malaysia ingin menjadi hab halal diperingkat global dengan menawarkan pelbagai produk makanan halal. Walaupun begitu, isu ketidakpatuhan halal premis makanan berskala kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia sering mendapat perhatian masyarakat. Terdapat begitu banyak premis makanan di seluruh negara,...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , |
---|---|
Format: | Monograph |
Language: | English |
Published: |
UUM
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31519/1/14194.pdf https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31519/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Malaysia ingin menjadi hab halal diperingkat global dengan menawarkan pelbagai produk makanan halal. Walaupun begitu, isu ketidakpatuhan halal premis makanan berskala kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia sering mendapat perhatian masyarakat. Terdapat begitu banyak premis makanan di seluruh negara, namun jumlah premis makanan yang mematuhi pensijilan halal Malaysia amat sedikit. Kajian yang merungkai permasalahan ini amat terhad. Justeru, kajian ini bertujuan untuk (i) Meneroka isu utama kepatuhan halal dalam operasi premis makanan berskala kecil dan sederhana; (ii) Mengenal pasti kaedah pemantauan ke atas operasi premis makanan berskala kecil dan sederhana (iii) Membangunkan model pematuhan berterusan pensijilan halal Malaysia bagi premis makanan berskala kecil dan sederhana. Untuk mencapai objektif yang ditetapkan, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif menerusi teknik temu bual mendalam bagi mengutip data. Temu bual separa berstruktur dilakukan dengan pengusaha premis makanan yang dipilih di Wilayah Utara meliputi Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Temubual mendalam juga dilakukan bersamaPEnguatkuasa halal. Transkrip temubual dikodkan untuk mengenal pasti tema dan corak data. Output signifikan kajian ini ialah model Pematuhan Berterusan Pensijilan Halal Malaysia bagi premis makanan berskala kecil dan sederhana. Model ini melibatkan dua pihak penting iaitu pengusaha premis makanan dan penguatkuasa, manakala Prosedur Standard Operasi (SOP) halal sebagai moderator. Model yang dicadangkan dapat dijadikan panduan oleh pembuat polisi seperti JAKIM dan pihak berkuasa tempatan dalam meningkatkan bilangan premis makanan yang mematuhi pensijilan halal. Pertambahan bilangan premis makanan yang memiliki pensijilan halal dan peningkatan pematuhan kepada konsep halal dan memberi manfaat kepada pengguna serta sektor pelancongan Mesra Muslim. Pengguna dapat menikmati makanan yang dijamin halalan tayyiban, bersih, selamat dan berkualiti daripada premis makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia. Hal ini selari dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang menjadikan Hub halal dan makanan (KEGA 6) sebagai salah satu aktiviti ekonomi utama yang ingin dicapai menjelang tahun 2030 |
---|