Keperluan pendidikan keusahawanan secara formal di institusi pengajian tinggi awam di Malaysia

Kertas kerja ini membentangkan hasil dapatan kajian keperluan pendidikan keusahawanan secara formal di beberapa buah institusipengajian tinggi awam di Malaysia. Rekabentuk kajian adalah kaedah tinjauan yang menggunukan jumlah sampel serumai 1558 orang siswazah tahun dua, tiga dun empat dari Universi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Buang, Nor Aishah, Raduan, Ismail, Hashim, Norashidah
Other Authors: Ismail, Dahlan
Format: Book Section
Language:English
Published: ASEAN Universities Consortium of Entrepreneurship Education (AUCEE) 2010
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/2966/1/Pages_from_The_First_Seminar_on._Entrepreneurship_and_Social_Development_in_Asean666.pdf
http://repo.uum.edu.my/2966/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas kerja ini membentangkan hasil dapatan kajian keperluan pendidikan keusahawanan secara formal di beberapa buah institusipengajian tinggi awam di Malaysia. Rekabentuk kajian adalah kaedah tinjauan yang menggunukan jumlah sampel serumai 1558 orang siswazah tahun dua, tiga dun empat dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia(UPM), Universiti lnstitut Teknologi MARA (Uitm), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM). Analisis statistic deskriptif dun inferensi digunakan. Analisis mendapati responden bersetuju pada tahap sederhana tinggi (pelajar UM rnin skor = 3.20;pelajar UUM min skor = 3.16; pelajar UKM min skor = 3.03 dan pelajar UiTM min skor = 3.03) bahawa pelajar universiti perlu mempunyai aspirasi keusahawanan (61.1 %). Analisis samada universiti bertanggungiawab menyediakan Universiti mendapati majoriti responden bersetuju pada tahap sederhana tinggi (pelajar UM rnin skor = 3.26; pelajar UKM rnin skor = 3.13; pelujar UUM min skor = 3.11 dan pelajar UiTM min skor = 3.10).Alasan kepada keperluan perlaksanaan pendidikan keusahawanan secara formal mendapati responden bersetuju bahawa perlaksanaan pendidikan keusahawanan secara formal adalah perlu tetapi sekadar untuk mendapat pengetahuan dun kemahiran tambahan (91.1 %) sahaja. Saluran pendidikan mendapati responden bersetuju bahawa saluran pendidikan keusahawanan yang paling sesuai dilaksanakan ialah kerja lapangan (59.3%), lawatan (on-site visit) (57.1%), latihan industri atau praktikum(63.2%), aktiviti ko-kurikulum seperti karnival, ekspo utau pertandingan (73.3%),kelab atau persatuan keusahawanan (71.7%) dan Pusat Pembangunan Usahawan Siswa (73.5%). Analisis pembangunan pensyarah pendidikan keusahawanan yang kompeten mendapati respanden bersetuju (responden UM (min skor = 3.23), UUM (min skor = 3.12), dan UiTM (min skor = 3.10) pada tahap sederhana tinggi dun responden UKM (min skor = 3.00) bersetuju pada tahap sederhana rendah keperluan pensyarah pendidikan keusahawanan di setiap fakulti untuk mengajar pelajar kursus pendidikan keusahawanan (51.1 %). Rumusannya, pelajar univeriti masih tidak memilih kerjaya keusahawanan sebagai kerjaya utama iaitu hanya sebagai kerjaya alternatif dan hanya bersetuju untuk belajar tentang keusahawanan di universiti secara sederhana sahaja dan belajar pendidikan keusahawanan secara eksplorasi (melalui aktiviti kerja lapangan dan ko-kurikulum) bukan dalam kelas secara formal.