Tahap penggunaan komputer dalam kalangan guru pentadbir sekolah menengah di Malaysia: Satu kajian kes di daerah Kinta Perak

Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau tahap penggunaan komputer dalam kalangan guru pentadbir (pengetua, penolong kanan 1, Penolong kanan Hal Ehwal Murid(HEM), Guru kanan bidang, Penolong Kanan Kokurikulum) dan masalah-masalah yang dihadapi dalam penggunaan komputer, serta sikap mereka terhadap pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Lee, Yam Bee, Ahmad, Nazirmuddin
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2009
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/2810/1/TAHAP_PENGGUNAAN_KOMPUTER_GURU-GURU_PENTADBIR_SEK._MENENGAH_DI_MALAYSIA_KAJIAN_KES_DI_KINTA_PERAK.pdf
http://repo.uum.edu.my/2810/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau tahap penggunaan komputer dalam kalangan guru pentadbir (pengetua, penolong kanan 1, Penolong kanan Hal Ehwal Murid(HEM), Guru kanan bidang, Penolong Kanan Kokurikulum) dan masalah-masalah yang dihadapi dalam penggunaan komputer, serta sikap mereka terhadap penggunaan komputer dalam proses pengurusan dan pentadbiran sekolah. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasar soal selidik yang diguna pakai oleh Mariatun Mohd. Said (1997). Manakala responden kajian adalah terdiri daripada 119 di kalangan guru pentadbir sekolah di Kinta, Perak. Hasil kajian tahap penggunaan komputer dalam kalangan guru pentadbir ialah min=2.269, sd=1.212. Keputusan ujian crosstabs, berdasarkan khi kuasa dua (p< 0.05) menunjukkan terdapat kebergantungan yang signifikan di antara jawatan, pengalaman dan kemahiran mengguna komputer, penyertaan kursus, dan pemilikan komputer dengan tahap penggunaan komputer. Keputusan ujian t sampel tidak bersandar mendapati wujud perbezaan yang signifikan di antara penyertaan kursus komputer dengan dimensi sikap keyakinan [t(117) = 2.424, p = 0.003 p<0.05], keseronokan [t(117) = 2.525, p = 0.013 p<0.05], sokongan [t(117) = 2.424, p = 0.017 p<0.05]. Analisis Anova sehala pula mendapati wujud hubungan yang signifikan di antara pengalaman mengguna komputer dengan dimensi sikap ‘keyakinan’ [F(4,114) = 23.664, <0.05], ‘keseronokan’ [F(4,114) = 27.336, p<0.05], dan ‘kerisauan’ [F(4,114) = 10.808, p=0.05]. Dapatan kajian menunjukkan tidak wujud kebergantungan signifikan (p<0.05) di antara lokasi dan gred sekolah, jantina, dan umur dengan tahap penggunaan komputer. Analisis kekerapan (peratus) menunjukkan masalah utama penggunaan komputer dalam pengurusan sekolah di sekolah-sekolah kajian adalah tiada satu sistem pengurusan yang seragam untuk semua sekolah.