Cabaran dalam melaksanakan teknologi maklumat dan komunikasi: analisis kes persekitaran pembelajaran Maya-Frog serta strategi untuk melestarikan penggunaan google classroom dalam kalangan guru

Selari dengan kehendak pendidikan abad ke-21, Malaysia telah menjadi salah sebuah negara yang menerima kesan secara langsung akibat perkembangan ICT di sekolah yang berlaku secara pesat di seluruh dunia. Sejak beberapa tahun yang lalu, beberapa inisiatif telah diambil, termasuklah dengan melaksanaka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Awang, Hapini, Mat Aji, Zahurin, Sheik Osman, Wan Rozaini, Kamaruddin, Erwani, Al-Mashhadani, Abdulrazak F Shahatha, Khamis, Shakiroh
Format: Article
Language:English
Published: @JERiS 2020
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/27153/1/JERIS%201%201%202020%201%2018.pdf
http://repo.uum.edu.my/27153/
https://www.jerisjournal.com/current-issue
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Selari dengan kehendak pendidikan abad ke-21, Malaysia telah menjadi salah sebuah negara yang menerima kesan secara langsung akibat perkembangan ICT di sekolah yang berlaku secara pesat di seluruh dunia. Sejak beberapa tahun yang lalu, beberapa inisiatif telah diambil, termasuklah dengan melaksanakan pelantar VLE sebagai langkah untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Terkini, pelaksanaan VLE di sekolah-sekolah di Malaysia telah memasuki fasa berikutnya yang mana perkhidmatan Frog VLE telah ditamatkan dan digantikan dengan Google Classroom. Namun begitu, peralihan ini masih gagal menghilangkan kerisauan dalam kalangan guru memandangkan statistik lampau menunjukkan kadar penggunaan pelantar Frog VLE yang sangat rendah, berpunca daripada beberapa kelemahan dan cabaran yang gagal ditangani dengan baik semasa pelaksanaannya. Oleh itu, artikel ini membincangkan cabarancabaran dalam melaksanakan inisiatif ICT, terutamanya dalam konteks pendidikan di peringkat sekolah. Seterusnya, satu draf pelan strategik untuk melaksanakan Google Classroom di sekolah yang dibina berdasarkan Model Kejayaan VLE telah dicadangkan. Pelan strategik ini diharapkan akan membantu pelaksanaan Google Classroom di sekolah, sekaligus memacu penggunaan pelantar VLE yang lestari dalam kalangan guru.