Pembinaan dan pernilaian Rancangan Pengajaran Harian (RPH) berasaskan lapan prinsip Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) bagi mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu: Kajian di Malaysia

Kajian ini bertujuan menghasilkan rancangan pengajaran harian (RPH) bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu tingkatan dua bagi topik reka bentuk projek yang mengandungi prinsip pembelajaran berasaskan projek berdasarkan penilaian pakar.Isi kandungan dan aktiviti pembelajaran RPH yang diubahsu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Che Isa, Zaharah, Azid @ Aziz, Nurulwahida
Format: Article
Language:English
Published: Proceedings of the ICECRS 2017
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/23094/1/ICECRS%2C%201%20%282016%29%201011-1022.pdf
http://repo.uum.edu.my/23094/
http://doi.org/10.21070/picecrs.v1i1.644
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan menghasilkan rancangan pengajaran harian (RPH) bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu tingkatan dua bagi topik reka bentuk projek yang mengandungi prinsip pembelajaran berasaskan projek berdasarkan penilaian pakar.Isi kandungan dan aktiviti pembelajaran RPH yang diubahsuai berdasarkan tiga sumber iaitu huraian sukatan pelajaran KHB tingkatan dua (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002), rubrik pembinaan RPH yang diadaptasi daripada Stevens dan Levi (2013) dan lapan prinsip pembelajaran berasaskan projek (PBL) yang diasaskan oleh pengkaji Larmer dan Mergendoller (2010).Sebanyak lima sesi rancangan pengajaran harian telah dibina dengan menerapkan lapan prinsip PBL.Proses penilaian pakar oleh pensyarah dari bidang teknik dan vokasional dan kurikulum pendidikan dari tiga universiti berbeza telah dilaksanakan.Penilaian pakar adalah berdasarkan kepada rubrik pembinaan RPH yang mengandungi tujuh konstruk untuk dinilai berdasarkan empat tahap (1=lemah, 2=perlu penambahbaikan, 3=memuaskan dan 4=cemerlang).Analisis skor dari empat pakar penilai isi menghasilkan nilai keesahan 3.21 (RPH 1), 3.25 (RPH 2), 3.29 (RPH 3), 3.29 (RPH 4), dan 3.54 (RPH 5).Pengubahsuaian dan pemurniaan RPH telah dilakukan berdasarkan komen dan cadangan dari pakar penilai bagi menghasilkan RPH terbaik dan sesuai untuk digunakan oleh guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu bagi topik reka bentuk projek.