Impak pengetahuan dan kesedaran ibubapa terhadap gaya hidup digital dalam kalangan remaja
Pengetahuan dan kesedaran ibubapa berkaitan perubahan gaya hidup remaja yang berlaku akibat perkembangan teknologi komunikasi dan maklumat amatlah kritikal pada hari ini. Statistik menunjukkan penyalahgunaan internet merupakan isu serius sama ada diperingkat global mahu pun di Malaysia.Lantaran s...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | http://repo.uum.edu.my/23070/1/ICSSR%202017%2073%2081.pdf http://repo.uum.edu.my/23070/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pengetahuan dan kesedaran ibubapa berkaitan perubahan gaya hidup remaja yang berlaku akibat
perkembangan teknologi komunikasi dan maklumat amatlah kritikal pada hari ini. Statistik
menunjukkan penyalahgunaan internet merupakan isu serius sama ada diperingkat global mahu pun
di Malaysia.Lantaran semakin ramai rakyat Malaysia menjadi ‘netizens’ terutamanya kanak-kanak dan remaja, maka semakin tinggi keperluan untuk mendidik mereka untuk sentiasa berhati-hati, sensitif dan prihatin apabila berkongsi maklumat atas talian. Ibubapa merupakan ‘institusi pertama’ untuk anak-anak mendapat latihan awal tentang bagaimana untuk menjadi ‘netizen’ yang bertanggungjawab terhadap diri dan komuniti digital.Sehubungan itu, satu kajian kualitatif telah dijalankan bertujuan mengenalpasti tahap pengetahuan dan kesedaran ibubapa tentang gaya hidup digital dalam kalangan remaja.Kajian ini melibatkan tigabelas responden yang terdiri dari ibu atau bapa yang mempunyai anak-anak remaja. Berdasarkan hasil kajian dapatlah dirumuskan bahawa responden menyedari isu penyalahgunaan internet adalah sesuatu yang membimbangkan, namun kurang mengetahui kaedah untuk mencegah dan menangani sekiranya anak-anak terlibat dengan jenayah siber.Kajian ini memberi implikasi bahawa usaha perlu giat dijalankan oleh pihak-pihak bertanggungjawab seperti mengadakan program pendidikan yang melibatkan peringkat sekolah rendah sehinggalah pusat pengajian tinggi bertujuan memupuk kesedaran tentang keselamatan dalam talian.Kajian ini juga memberi implikasi bahawa pembentukan masyarakat digital merupakan satu cabaran baharu yang perlu ditangani dengan teliti oleh pelbagai pihak termasuk masyarakat dan pembuat polisi agar masyarakat mampu bertingkahlaku secara bersesuaian seiring dengan perkembangan teknologi. |
---|