Kriteria pemilihan Lembaga Tabung Haji sebagai institusi kewangan dan perbankan: Perspektif pelanggan & ekonomi Islam

Hasrat Malaysia untuk muncul sebagai pusat perkhidmatan kewangan Islam bagi Asia Tenggara akan tercapai sekiranya setiap komponen yang terlibat terutamanya institusi institusi kewangan dan perbankan memainkan peranan mereka dengan berkesan dan memberikan komitmen yang tinggi. Lembaga Tabung Haji yan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Harif, Mohd Amy Azhar, Ibrahim, Suzieliana
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2004
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/2294/1/Kriteria_Pemilihan_Lembaga_Tabung_Haji_1.pdf
http://repo.uum.edu.my/2294/
http://lintas.uum.edu.my:8080/elmu/index.jsp?module=webopac-l&action=fullDisplayRetriever.jsp&szMaterialNo=0000226343
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Hasrat Malaysia untuk muncul sebagai pusat perkhidmatan kewangan Islam bagi Asia Tenggara akan tercapai sekiranya setiap komponen yang terlibat terutamanya institusi institusi kewangan dan perbankan memainkan peranan mereka dengan berkesan dan memberikan komitmen yang tinggi. Lembaga Tabung Haji yang juga merupakan salah satu komponen institusi kewangan dan perbankan juga perlu menunjukkan prestasi yang baik dan berkesan. Oleh itu, satu penyelidikan mengenai Lembaga Tabung Haji telah dibuat dengan tujuan utamanya adalah untuk mengenalpasti kriteria-kriteria yang mempengaruhi pelanggan dalam memilih Lembaga Tabung Haji sebagai institusi kewangan dan perbankan mereka. Penyelidikan ini juga telah dibuat dengan mengambilkira keputusan-keputusan dan pandangan serta pendapat penyelidik-penyelidik yang terdahulu dan dapat dirumuskan bahawa hasil penyelidikan oleh penyelidik-penyelidik terdahulu telah menunjukkan bahawa terdapat 13 kriteria yang mempengaruhi pemilihan pelanggan terhadap sesebuah bank. Penyelidikan ini melibatkan kajian ke atas 16 orang responden yang terdiri daripada kakitangan Lembaga Tabung Haji itu sendiri dan pelanggan-pelanggan yang dipilih secara rawak di mana data-data yang diperolehi melalui temuduga tertumpu. Keputusan analisa data-data tersebut telah dapat mengenalpasti kriteria yang mempengaruhi pelanggan dalam membuat keputusa memilih Lembaga tabung Haji sebagai institusi kewangan dan perbankan mereka. Kajian ini juga telah mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang perlu diberi perhatian, oleh Lembaga Tabung haji untuk muncul sebagai sebuah institusi kewangan dan perbankan Islam yang utama berapa cadangan telah dikemukakan untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan tersebut. Cadangan-cadangan tersebut dikelaskan kepada dua iaitu dalam aspek polisi dan pengurusan.