Amalan hijau dalam perkhidmatan perbankan melalui ISO 14000

Kajian ini adalah untuk mengetahui tahap pengetahuan pelajar mengenai (amalan hijau) perkhidmatan perbankan di Malaysia melalui ISO 14000.ISO 14000 adalah siri piawaian yang telah direka untuk membantu syarikat memenuhi keperluan sistem pengurusan alam sekitar.Disamping itu, ia juga untuk mengetahui...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdullah, Nurul Faezah, Osman, Nor Hasni
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/22704/1/STML%E2%80%93Go%20Green%20%202016%201032%201039.pdf
http://repo.uum.edu.my/22704/
http://stmlportal.net/stmlgogreen2016/pdf/p1032.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini adalah untuk mengetahui tahap pengetahuan pelajar mengenai (amalan hijau) perkhidmatan perbankan di Malaysia melalui ISO 14000.ISO 14000 adalah siri piawaian yang telah direka untuk membantu syarikat memenuhi keperluan sistem pengurusan alam sekitar.Disamping itu, ia juga untuk mengetahui persepsi pelajar mengenai tahap komitmen, kepentingan dan keperluan dalam mendapatkan pensijilan ISO 14000.Piawaian ISO 14000 telah direka untuk membantu organisasi melaksanakan atau meningkatkan kualiti perkhidmatan melalui sistem pengurusan alam sekitar.Responden kajian ini terdiri daripada 50 orang para pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM).Kaedah kuantitatif telah digunakan dalam mengumpul data dan data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan analisis statistik deskriptif dan ANOVA. Terdapat empat faktor yang berbeza telah dikenal pasti sebagai kriteria pilihan utama yang mempengaruhi kualiti perkhidmatan.Bank adalah elemen yang paling penting bahawa pelanggan dapat mewujudkan hubungan jangka panjang dengan mereka.Tiga yang lain merujuk kepada sifat-sifat produk, akses, dan komunikasi.Kajian ini menyumbang kepada badan pengetahuan akademik dengan menumpukan lebih banyak kelebihan ke dalam peranan kualiti perkhidmatan.Oleh itu, dengan adanya piawaian ISO 14000, pihak perbankan dapat meningkatkan lagi amalan hijau dalam perkhidmatan perbankan.