Faktor-faktor yang mepengaruhi kecenderungan pelajar untuk membeli produk kosmetik halal di UUM

Bilangan penduduk Islam dunia telah meningkat dari semasa ke semasa dan hal ini telah mempengaruhi penggunaan produk halal.Namun begitu, kebanyakan penggunaan produk halal hanya tertumpu ke atas sektor makanan, institusi perbankan, farmaseutikal dan logistik berbanding produk kosmetik dan penjagaan...

詳細記述

保存先:
書誌詳細
主要な著者: Noor Hasni, Nurul Hanis, Mustafar, Mastora
フォーマット: Conference or Workshop Item
言語:English
出版事項: 2017
主題:
オンライン・アクセス:http://repo.uum.edu.my/22659/1/STML%E2%80%93Go%20Green%202016%20701%20711.pdf
http://repo.uum.edu.my/22659/
http://stmlportal.net/stmlgogreen2016/pdf/p701.pdf
タグ: タグ追加
タグなし, このレコードへの初めてのタグを付けませんか!
その他の書誌記述
要約:Bilangan penduduk Islam dunia telah meningkat dari semasa ke semasa dan hal ini telah mempengaruhi penggunaan produk halal.Namun begitu, kebanyakan penggunaan produk halal hanya tertumpu ke atas sektor makanan, institusi perbankan, farmaseutikal dan logistik berbanding produk kosmetik dan penjagaan diri yang masih baharu.Oleh itu, kajian berbentuk tinjauan ini dijalankan untuk menyelidik tentang faktor-faktor yang mempengaruhi kecenderungan pengguna untuk membeli produk kosmetik halal yang merangkumi sikap, norma subjektif, kawalan perilaku, pengetahuan, kebersihan, keselamatan dan kesedaran jenama. Data dikumpul melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada 200 orang pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan dianalisa menggunakan kaedah SPSS. Dapatan analisis korelasi menunjukkan perhubungan yang positif dan signifikan antara tujuh faktor tersebut terhadap tahap kecenderungan pembelian produk kosmetik halal. Manakala, analisis regresi berganda menunjukkan lima daripada tujuh faktor adalah menyumbang kepada tahap kecenderungan pembelian. Selain itu, kajian ini juga dapat menyumbang untuk meningkatkan pengetahuan dan pemahaman yang lebih mendalam syarikat kosmetik halal terhadap gelagat pengguna kepada faktor-faktor yang mempengaruhi kecenderungan untuk membeli produk kosmetik halal.