Aplikasi pembelajaran Jigsaw II dalam pengajaran penulisan Bahasa Melayu

Penulisan karangan adalah komponen utama dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sama ada pada peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) mahupun Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Penguasaan kemahiran yang kurang memberangsangkan boleh menyebabkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu secara...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Yusuff, Yusfaiza, Awang, Mohd Isha
Format: Article
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/21635/1/JPBM-MyLEJ%202%20%202%202012%2062-70.pdf
http://repo.uum.edu.my/21635/
http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/article/view/49
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penulisan karangan adalah komponen utama dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sama ada pada peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) mahupun Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Penguasaan kemahiran yang kurang memberangsangkan boleh menyebabkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu secara khususnya akan turut terjejas.Pelaksanaan pembelajaran Jigsaw II mampu untuk membantu pelajar menguasai kemahiran penulisan karangan.Kajian ini bertujuan untuk meninjau sikap murid terhadap pembelajaran Jigsaw II dan kesannya terhadap penguasaan kemahiran menulis karangan.Kajian berbentuk kuasi eksperimen ini melibatkan seramai 60 orang responden yakni, 30 orang dalam kumpulan kawalan dan 30 orang kumpulan eksperimen.Soal selidik tentang sikap dan dua siri ujian penulisan karangan sebelum dan selepas pelaksanaan pembelajaran Jigsaw II digunakan.Kajian mendapati murid menunjukkan sikap yang positif terhadap pelaksanaan pembelajaran menggunakan Jigsaw II dan ujian-t yang dijalankan menunjukkan perbezaan yang signifikan antara pencapaian kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.Keadaan ini menunjukkan keberkesanan pembelajaran tersebut terhadap penguasaan kemahiran menulis karangan responden.Pembelajaran Jigsaw II juga mampu meningkatkan kemahiran kognitif dan kemahiran interpersonal responden.