Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis pelajar di Malaysia dan Indonesia dalam mata pelajaran sejarah

Kajian ini dijalankan di dua buah negara iaitu Malaysia dan Indonesia.Kajian bertujuan untuk mengkaji tahap kemahiran berfikir pelajar dalam mata pelajaran Sejarah.Dua buah sekolah dipilih secara rawak dalam kajian ini iaitu sebuah sekolah menengah di Pahang (Malaysia) dan sebuah Sekolah Menengah At...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: La Ulu, Norila, Muamat, Osman, Abdul Rahman, Noraini, Mohd Nordin, Noorhasliza, Awang, Mohd Mahzan
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/14559/1/3.pdf
http://repo.uum.edu.my/14559/
http://www.iaha2014.uum.edu.my/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan di dua buah negara iaitu Malaysia dan Indonesia.Kajian bertujuan untuk mengkaji tahap kemahiran berfikir pelajar dalam mata pelajaran Sejarah.Dua buah sekolah dipilih secara rawak dalam kajian ini iaitu sebuah sekolah menengah di Pahang (Malaysia) dan sebuah Sekolah Menengah Atas Negeri (SMAN) di Palembang (Indonesia).Seramai 80 orang pelajar yang terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada 40 orang pelajar di Malaysia dan 40 orang pelajar di Indonesia. Kajian berbentuk kajian tinjauan yang mana menggunakan set soal selidik sebagai instrumen kajian. Data dan maklumat yang diperoleh telah diproses dan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) Version 20.0 dan dilaporkan dalam bentuk min dan Ujian-t. Hasil kajian mendapati purata keseluruhan min bagi tahap kemahiran kreatif pelajar di, Palembang lebih tinggi daripada pelajar di Pahang iaitu sebanyak 4.04 berbanding 3.46. Sementara dari analisis Ujian-t, mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kemahiran berfikir kreatif berdasarkan jantina dengan nilai t = 0.966 dan sig. = 0.000 (p<0.05). Dapatan kajian ini jelas menunjukkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam mata pelajaran Sejarah dapat memberikan implikasi kepada pelajar untuk lebih minat memahami sesuatu peristiwa.