Spiritualiti, fatwa dan taksiran zakat usahawan padi di Malaysia

Kertas ini bertujuan menganalisis taksiran zakat pertanian dalam kalangan usahawan padi di Malaysia dari perspektif spiritualiti, fatwa dan amalan di institusi zakat.Hal ini kerana maqasid zakat adalah untuk membersihkan dan mensucikan jiwa dan harta pemilik kekayaan.Dalam manual terbitan Jabatan Wa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hamat, Zahri
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/13200/1/14.pdf
http://repo.uum.edu.my/13200/
http://www.insanmaya.net/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas ini bertujuan menganalisis taksiran zakat pertanian dalam kalangan usahawan padi di Malaysia dari perspektif spiritualiti, fatwa dan amalan di institusi zakat.Hal ini kerana maqasid zakat adalah untuk membersihkan dan mensucikan jiwa dan harta pemilik kekayaan.Dalam manual terbitan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), taksiran zakat pertanian dibuat setelah ditolak kos pengeluaran pertanian.Persoalannya, fatwa yang dikeluarkan oleh majoriti negeri di Malaysia tidak membenarkan kos pengeluaran pertanian ditolak? Apatah lagi kos sara hidup para usahawan padi. Bagaimanakah untuk mengharmonikan antara fatwa dan amalan taksiran zakat supaya aspek spiritualiti dalam maqasid zakat dapat direalisasikan? Berdasarkan analisis kandungan terhadap data sekunder dan data primer, perbincangan kertas ini dibahagikan kepada tiga kategori.Pertama, menyorot maqasid zakat diwajibkan dari perspektif spiritualiti sebagai latar belakang kertas ini. Kedua, menganalisis tulisan klasik tentang kos pengeluaran dan kos sara hidup.Ketiga, menganalisis kaedah taksiran zakat pertanian yang sedang diamalkan oleh institusi-institusi zakat di Malaysia.Dihujahkan dengan mengambil kira bentuk pertanian pada masa kini, maka penilaian semula kaedah taksiran zakat pertanian adalah diperlukan kerana maqasid zakat adalah untuk membersihkan dan mensucikan jiwa dan harta.