Aplikasi kontrak muamalat dalam pengurusan hotel halal: Satu tinjauan awal

Industri pelancongan dan perhotelan merupakan salah satu sektor penting di Malaysia dalam menjana pendapatan kepada Negara di samping menyediakan pelbagai peluang kepada masyarakat.Bagi menjana industri ini, penyediaan kemudahan yang mampu memenuhi kehendak para pelanggan boleh menyumbang kepada ker...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Shuib, Mohd Sollehudin, Razalli, Mohd Rizal, Md Ali, Mohd Fauzwadi
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/10518/1/MS4.pdf
http://repo.uum.edu.my/10518/
http://ibsuum.blogspot.com/2013/03/the-5th-foundation-of-islamic-finance.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Industri pelancongan dan perhotelan merupakan salah satu sektor penting di Malaysia dalam menjana pendapatan kepada Negara di samping menyediakan pelbagai peluang kepada masyarakat.Bagi menjana industri ini, penyediaan kemudahan yang mampu memenuhi kehendak para pelanggan boleh menyumbang kepada kerancakan aliran ekonomi industri. Penyediaan hotel yang berkualiti yang dapat memenuhi citarasa dan kehendak pelancong mampu memberi impak yang baik kepada industri ini.Contohnya dalam penyediaan penginapan kepada para pelancong, hotel yang bakal disediakan bukan sekadar bertaraf lima bintang, bahkan seharusnya halal dan lulus syariah.Industri perhotelan di Malaysia menyediakan lebih 1500 hotel untuk dipilih oleh para pelancong.Namun dari jumlah tersebut, hanya 144 hotel yang mempunyai sijil halal diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).Sijil halal yang dikeluarkan JAKIM pada waktu ini pula lebih tertumpu kepada penyediaan makanan atau dapur dan café yang halal.Justeru kertas ini cuba mengetengahkan beberapa kontrak muamalat yang boleh diaplikasi dalam pengurusan sesebuah hotel. Pengaplikasian kontrak ini nanti diharap dapat memperkembangkan lagi sisi-sisi hotel halal yang sedia ada agar menjadi lebih lulus syariah bukan sekadar pada makanan sahaja, bahkan keseluruhan operasi hotel.