Hubungan antara ganjaran kerja dan penglibatan kerja

Kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti hubungan antara ganjaran kerja dan penglibatan pekerja dalam konteks organisasi di sebuah pasaraya. Kajian kuantitatif ini melibatkan seramai 70 orang responden kajian dan data diperoleh melalui pengedaran borang soal selidik. Analisis telah dilaksanakan den...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Jamil, Ikmal Hakim, Norazman, Irmawati, Omar, Rozeyta, Shaari, Roziana
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UTM Press 2021
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/97510/1/IrmawatiNorazman2021_HubunganantaraGanjaranKerjadanPenglibatan.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/97510/
http://dx.doi.org/10.11113/sh.v13n2-2.1893
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti hubungan antara ganjaran kerja dan penglibatan pekerja dalam konteks organisasi di sebuah pasaraya. Kajian kuantitatif ini melibatkan seramai 70 orang responden kajian dan data diperoleh melalui pengedaran borang soal selidik. Analisis telah dilaksanakan dengan menggunakan Pakej Statistik Sains Sosial (SPSS) versi 22.0. Selain itu, analisis deskriptif yang melibatkan skor min dan peratusan telah digunakan untuk mengenal pasti tahap ganjaran kerja (intrinsik dan ekstrinsik) serta penglibatan pekerja. Hubungan antara ganjaran kerja dan penglibatan kerja pula telah dianalisis dengan menggunakan analisis inferensi melalui korelasi Pearson. Hasil kajian mendapati bahawa tahap ganjaran kerja adalah sederhana, manakala penglibatan pekerja berada pada tahap yang tinggi. Hasil kajian juga menunjukkanterdapat hubungan yang positif antara ganjaran kerja dan penglibatan pekerja serta pada tahap yang sederhana. Selain itu, pengkaji telah mengemukakan beberapa cadangan kepada organisasi untuk mengenal pasti dan menekankan ganjaran sebagai satu usaha untuk meningkatkan penglibatan pekerja.