Pengalaman pembelajaran informal dalam kalangan sukarelawan Mycorps, Kuala Lumpur

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui pengalaman pembelajaran informal dalam kalangan sukarelawan MYCORPS dengan menggunakan kaedah kualitatif melalui temubual separa berstruktur dan menggunakan kaedah persampelan snowball. Tiga objektif kajian iaitu (i) meneroka pengalaman pembelajaran informal ya...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Md. Saleh, Ainaatul Afifah, Thukiman, Kassim, Mohd. Balwi, Mohd. Koharuddin, Othman, Muhammed Fauzi, Abd. Hamid, Mohd. Azhar
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UTM Press 2021
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/97509/1/MohdAzharAbd2021_PengalamanPembelajaranInformaldalamKalangan.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/97509/
http://dx.doi.org/10.11113/sh.v13n2-2.1892
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengetahui pengalaman pembelajaran informal dalam kalangan sukarelawan MYCORPS dengan menggunakan kaedah kualitatif melalui temubual separa berstruktur dan menggunakan kaedah persampelan snowball. Tiga objektif kajian iaitu (i) meneroka pengalaman pembelajaran informal yang dialami oleh para sukarelawan MYCORPS, (ii) mengkaji faktor penyebab pengalaman pembelajaran informal yang dialami oleh para sukarelawan MYCORPS dan (iii) menyelidiki kesan pengalaman pembelajaran informal yang dialami oleh para sukarelawan MYCORPS. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik. Pengalaman pembelajaran informal terbahagi kepada dua iaitu kemahiran insaniah dan kemahiran nyata. Faktor penyebab pengalaman pembelajaran informalterjadi adalah strategi pembelajaran, orang luar dan ahli kumpulan yang mengesankan pengetahuan, kemahiran dan sikap sukarelawan. Pendekatan fenomenologi yang dipilih bertujuan untuk memahami sesuatu fenomena. Hasil kajian mendapati pembelajaran informal dialami disebabkan faktor berkenaan dan memberi kesan kepada pengetahuan, kemahiran dan sikap. Kajian ini memberi implikasi kepada pengamal pembelajaran dewasa, teori yang digunakan dan juga sukarelawan.