Pembelajaran dewasa di tempat kerja: satu sorotan literatur

Artikel ini adalah satu sorotan kajian yang memberi fokus kepada konsep pembelajaran dewasa di tempat kerja (workplace learning). Peningkatan pengetahuan melalui pembelajaran di tempat kerja memainkan peranan penting pada hari ini (Yang, 2003). Peluang pembelajaran untuk orang dewasa wujud dalam pel...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Zulkifli, Nor Mohamad, Abd. Wahid, Nur Husna, Suhairom, Nornazira
Format: Article
Published: Persatuan Pendidikan Teknik dan Vokasional Malaysia (PPTVM) 2021
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/97306/
https://pptvm.files.wordpress.com/2021/08/pages-from-jurnal-ptvm-jilid-10-1.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini adalah satu sorotan kajian yang memberi fokus kepada konsep pembelajaran dewasa di tempat kerja (workplace learning). Peningkatan pengetahuan melalui pembelajaran di tempat kerja memainkan peranan penting pada hari ini (Yang, 2003). Peluang pembelajaran untuk orang dewasa wujud dalam pelbagai latar dari institusi formal ke penerapan pembelajaran di tempat kerja (Sleezer, 2004). Pembelajaran di tempat kerja melibatkan pekerja atau ‘orang dewasa’ dan “pembelajaran dewasa ialah konsep teras dalam menyokong konsep asas pembangunan sumber manusia, seperti peningkatan prestasi, peningkatan kualiti berterusan, pengurusan pengetahuan, organisasi pembelajaran, dan pengurusan perubahan” (McLean, 2006; Yang, 2003). Artikel ini membincangkan beberapa konsep pembelajaran di tempat kerja termasuk konsep andragogi, pembelajaran terarah kendiri, pembelajaran tindakan, dan pembelajaran berasaskan projek. Artikel ini adalah sebuah tinjauan literatur berdasarkan penyelidikan, buku, artikel dan lain-lain yang berkaitan dengan isu pembelajaran dewasa di tempat kerja. Hasil tinjauan literatur ini mendapati setiap konsep yang dibincangkan mempunyai cabaran dalam pelaksanaanya ditempat kerja. Selain daripada itu, beberapa pertimbangan perlu di ambil dalam melaksanakan pembelajaran di tempat kerja termasuk ciri-ciri perkerja.