Pengaruh personaliti terhadap kepuasan kerja dan stres kerja guru

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tret personaliti guru dan sama ada wujud pengaruh personaliti terhadap kepuasan kerja dan stres kerja guru. Di samping itu, kajian juga dijalankan untuk menentukan tahap kepuasan dan stres kerja guru serta hubungan antara dua pemboleh ubah ini. Seramai 255 o...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd. Kosnin, Azlina, Tan, Sew Lee
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UTM Press 2008
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/8741/3/AzlinaMohdKosnin2008_PengaruhPersonalitiTerhadapKepuasanKerja.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/8741/
http://www.penerbit.utm.my/onlinejournal/48/E/JT48E03.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tret personaliti guru dan sama ada wujud pengaruh personaliti terhadap kepuasan kerja dan stres kerja guru. Di samping itu, kajian juga dijalankan untuk menentukan tahap kepuasan dan stres kerja guru serta hubungan antara dua pemboleh ubah ini. Seramai 255 orang guru dari 10 buah sekolah menengah kebangsaan di daerah Johor Bahru dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Kajian ini dijalankan menggunakan pendekatan kuantitatif. Data dikumpul menerusi soal selidik yang diterjemahkan daripada The Big Five Inventory (BFI), Job Descriptive Index ( JDI) dan Adminstrative Stress Indeks (ASI). Nilai kebolehpercayaan bagi instrumen JDI dan ASI ialah 0.91 dan 0.84. Manakala darjah kebolehpercayaan instrumen BFI ialah antara 0.73 hingga 0.80. Para guru menyatakan bahawa tahap kepuasan kerja dan stres kerja guru secara keseluruhannya berada pada tahap yang sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan hubungan negatif yang signifikan antara kepuasan kerja dan stres kerja guru. Hubungan yang signifikan didapati antara dimensi-dimensi personaliti t dengan kepuasan kerja dan juga stres kerja. Implikasi kajian turut dicadangkan dalam artikel ini.