Penerapan konsep ikhlas dalam menyantuni anak istimewa (autisme)

World Health Organization (WHO) pada tahun 2017 mendedahkan satu dalam kalangan 160 orang kanak-kanak mengalami autisme di dunia dan prevalensnya meningkat secara global. Perangkaan ini jelas menunjukkan ramai ibu bapa di luar sana yang bergelut dengan cabaran hebat dalam membesarkan dan mendidik...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Bujang, Nor Afizah, Jima’ain @ Ajmain, Muhammad Talhah, Saari, Zilal
Format: Article
Published: Penerbit UTM Press 2020
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/87278/
http://dx.doi.org/10.11113/umran2020.6n3-2.423
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:World Health Organization (WHO) pada tahun 2017 mendedahkan satu dalam kalangan 160 orang kanak-kanak mengalami autisme di dunia dan prevalensnya meningkat secara global. Perangkaan ini jelas menunjukkan ramai ibu bapa di luar sana yang bergelut dengan cabaran hebat dalam membesarkan dan mendidik anak-anak istimewa ini. Mereka turut menghadapi tekanan yang tinggi berbanding ibu bapa yang mempunyai anak yang normal dan anak dengan ketidakupayaan yang lain seperti down syndrome. Objektif kajian ini untuk meneliti mekanisma alternatif bagi membantu ibu bapa menghadapi kenyataan dalam menerima kehadiran anak autisme ini. Kajian ini melibatkan metodologi secara analisis kajian kepustakaan, iaitu kajian komprehensif terhadap pelbagai penulisan dan kajian berkenaan autisme dianalisis untuk mendapatkan alternatif yang perlu diterapkan dalam menyantuni anak istimewa ini. Dapatan daripada analisis tersebut mendapati konsep ilmu, kasih sayang, harapan, latihan, amanah dan sokongan (IKHLAS) perlu diterapkan dalam diri setiap ibu bapa yang mempunya anak istimewa supaya anak-anak tersebut mendapat ruang dan peluang yang sepatutnya dan tidak terus dipinggirkan oleh masyarakat. Diharapkan penulisan ini boleh dijadikan sedikit input kepada ibu bapa dan pihak yang berkaitan agar melaksanakan konsep IKHLAS dalam rangka usaha mendidik dan menjaga mereka.