Mortimer J. Adler : sorotan idea dan Pemikiran Failasuf Pascamoden

Pengaruh sarjana (atau ilmuwan, pemikir, intelligensia, cendekiawan) amat besar dan penting kepada masyarakat sejak berabad-abad lalu. Banyak gerakan (movement), reformasi dan revolusi digerakkan oleh kaum sarjana. Sarjana yang 'literate and educated' mampu mengislahkan masyarakat dalam pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abd. Hamid, Mohd. Azhar, A. Kasim, Othman
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Management and Human Resource Development 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/668/1/MohdAzharAbd2003_SorotanIdeadanPemikiran.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/668/
http://www.fppsm.utm.my/download/cat_view/13-jurnal-kemanusiaan/17-bil-02-dis-2003.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengaruh sarjana (atau ilmuwan, pemikir, intelligensia, cendekiawan) amat besar dan penting kepada masyarakat sejak berabad-abad lalu. Banyak gerakan (movement), reformasi dan revolusi digerakkan oleh kaum sarjana. Sarjana yang 'literate and educated' mampu mengislahkan masyarakat dalam pelbagai spectrum kehidupan. Sarjana mewakili masyarakatnya yang bertanggungjawab terhadap manusia, alam dan Tuhannya. Tanggunjawab seorang sarjana bukan sekadar prinsip 7 P yang lingkaran waktu aktifnya 8 pagi hingga 5 petang. Gelar Top Notch Staff bukan sekadar tersohor dalam satu bidang di kalangan elit akademia. Ia jauh daripada menepati kerangka seorang yang bertaraf sarjana tulin. Sarjana besar ialah sarjana yang menjadikan karyanya sebagai membangkitkan literasi dalam kalangan masyarakatnya; sarjana besar ialah sarjana yang memercikkan teori dan eksperimennya secara praktis di tengah-tengah masyarakat; sarjana yang hebat ialah sarjana 'yang menerajui 'public opinion' dalam bidang pengkhususannya; sarjana yang cemerlang ialah sarjana yang serba boleh 'mencipta ilmu'; dan bukannya menghadam dan meluah semula ilmu sarjana lain. Justeru itu, menerusi artikel ini, dipaparkan idea dan pemikiran sarjana dan failasuf besar dunia pada awal abad ke-2l iaitu Mortimer Jarome Adler yang menepati poteet sarjana besar. Adler ialah seorang darlpada sarjana dunia yang masih mengekalkan idealisme ilmuwan. Idea dan pemikiran Adler berpusat dalam lokus falsafah perennial, gerakan minat membaca dan pendidikan liberal. Artikel ini akan mengupas secara sederhana watak dan pemikiran Adler dalam dimensi tersebut serta pengaruhnya dalam bidiang pendidikan, falsafah dan gerakan membaca pada abad ke-21 ini.