Pembinaan dan kesesuaian modul pro elektrolisis berasaskan pengetahuan pedagogi kandungan

Kajian ini bertujuan untuk membina modul pengajaran iaitu Modul Pro Elektrolisis, bagi konsep-konsep asas Elektrolisis berdasarkan kepada Pengetahuan Pedagogi Kandungan Sains (PPK). Kajian ini juga turut mengkaji kesesuaian Modul Pro Elektrolisis yang telah dibina. Bagaimanapun untuk mencapai tujuan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Jasmi, Jaslina, Ibrahim, Nor Hasniza
Format: Article
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/40974/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk membina modul pengajaran iaitu Modul Pro Elektrolisis, bagi konsep-konsep asas Elektrolisis berdasarkan kepada Pengetahuan Pedagogi Kandungan Sains (PPK). Kajian ini juga turut mengkaji kesesuaian Modul Pro Elektrolisis yang telah dibina. Bagaimanapun untuk mencapai tujuan tersebut, seramai lapan orang guru kimia di lima buah sekolah sekitar Daerah Hulu Langat, Selangor dipilih sebagai responden kajian. Borang soal selidik telah digunakan sebagai instrument untuk menilai perspektif guru terhadap kesesuaian kandungan, keberkesanan kaedah pengajaran dan juga cadangan penambahbaikan dalam modul ini. Data yang diperolehi di analisis menggunakan statistik deskriptif iaitu frekuensi dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sebahagian besar guru sains telah memberikan pandangan positif mengenai Modul Pro Elektrolisis yang memuatkan komponen-komponen utama dalam PPK iaitu 1) Pengetahuan terhadap elektrolisis, 2) Pengetahuan terhadap kepentingan elektrolisis, 3) Pengetahuan terhadap kesukaran pelajar, 4) Pengetahuan terhadap strategi pengajaran dan 5) Pengetahuan terhadap teknik penilaian bagi menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bermakna. Dapatan kajian juga mendapati modul ini mampu mengatasi masalah pelajar dalam memahami konsep Elektrolisis. Beberapa cadangan turut dikemukakan untuk memperbaiki modul agar lebih menarik dan efektif.