Hubungan kecerdasan emosi dengan prestasi pencapaian akademik

Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan kecerdasan emosi dengan prestasi pencapaian akademik pelajar. Seterusnya, kajian ini juga bertujuan untuk melihat sama ada terdapat perkaitan atau tidak di antara masalah-masalah seperti masalah pengaruh rakan sebaya, masalah kekeluargaan dan masalah kewan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Yahaya, Azizi, Hashim, Shahrin, Mohd. Nor, Nordiana, Yahaya, Noordin
Format: Article
Language:English
Published: 2007
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/4022/1/jurnal.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/4022/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan kecerdasan emosi dengan prestasi pencapaian akademik pelajar. Seterusnya, kajian ini juga bertujuan untuk melihat sama ada terdapat perkaitan atau tidak di antara masalah-masalah seperti masalah pengaruh rakan sebaya, masalah kekeluargaan dan masalah kewangan serta kaedah-kaedah seperti perjumpaan dengan kaunselor, bercerita pada rakan, beriadah dan mendekatkan diri pada Tuhan, yang digunakan untuk menstabilkan emosi pelajar, dengan prestasi pencapaian akademik pelajar. Seramai 399 orang pelajar dari sepuluh buah sekolah menengah di sekitar tiga buah negeri iaitu Johor, Kelantan dan Terengganu. Statistik deskriftif iaitu peratusan, min dan sisihan piawai digunakan untuk analisis taburan. Manakala statistik inferensi iaitu analisis korelasi pearson, digunakan untuk menunjukkan hubungan antara pembolehubah kecerdasan emosi, masalah yang dihadapi dan kaedah yang digunakan untuk stabilkan emosi, dengan prestasi pencapaian akademik. Didapati terdapat hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik. Analisis juga menunjukkan terdapat hubungan antara kaedah bercerita pada rakan dan beriadah dengan prestasi akademik, manakala tidak terdapat hubungan antara masalah pengaruh rakan sebaya, masalah kekeluargaan, masalah kewangan, kaedah berjumpa kaunselor dan kaedah mendekatkan diri pada Tuhan dengan prestasi akademik pelajar.