Prestasi akademik pelajar Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia: analisis melalui pilihan kemasukan

KUKUM telah memulakan operasinya di Perlis pada tahun 2002 dengan sistem kampus teragih. Selepas empat tahun operasinya, pelbagai impak terhadap sosial dan akademik telah dikesan. Satu kajian telah dijalankan untuk melihat prestasi pelajar berdasarkan data-data sekunder sebenar yang diperolehi darip...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Aslam, Mohd. Mizan, Abdul, Abdull Halim
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2006
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/332/2/MohdMizanAslam2006_Prestasiakademikpelajarkolejuniversiti.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/332/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:KUKUM telah memulakan operasinya di Perlis pada tahun 2002 dengan sistem kampus teragih. Selepas empat tahun operasinya, pelbagai impak terhadap sosial dan akademik telah dikesan. Satu kajian telah dijalankan untuk melihat prestasi pelajar berdasarkan data-data sekunder sebenar yang diperolehi daripada rekod kemasukan pelajar-pelajar KUKUM melalui Unit Kemasukan dan Rekod dan Unit Peperiksaan Jabatan Pendaftar. Prestasi ini dinilai melalui tiga (3) pembolehubah utama yang melibatkan kemasukan pelajar melalui Matrikulasi, STPM dan Diploma. Selain itu, kajian ini juga mengambil kira kesan kemasukan pelajar terhadap prestasi akademik semasa menerusi pilihan pertama, kedua, ketiga dan lelong. Teknik pemilihan secara rawak sistematik telah digunakan dalam kajian ini bagi mendapatkan sampel kajian sebanyak 407 orang pelajar iaitu lebih 20% daripada populasi kajian. Hasil kajian ini mendapati prestasi pelajar melalui kemasukan secara lelong menunjukkan keputusan lebih baik berbanding kemasukan secara pilihan pertama, kedua dan ketiga. Secara keseluruhannya, keputusan prestasi akademik bagi kategori PNGK 3.33 ke atas, pelajar Cina (53.33%) lebih baik berbanding India (10.34%) dan Bumiputera (2.20%). Di samping itu, dapatan kajian prestasi akademik pelajar berdasarkan gender menunjukkan bahawa pelajar perempuan (70.73%-dengan PNGK 2.67 ke atas ) adalah lebih baik berbanding pelajar lelaki (47.74%- dengan PNGK 2.67 ke atas ).