Berfikir secara kritis melalui pengajaran kesusasteraan bahasa inggeris di kalangan pelajar tahun 3 di KUKTEM

Di antara kemahiran yang diperlukan oleh pihak industri di alam pekerjaan adalah untuk mencari graduan yang dapat berfikir secara kritis. Oleh itu, Soft Skills memainkan peranan yang penting untuk memenuhi hasrat pihak industri. Di antara elemenelemen Soft Skills yang penting adalah kepimpinan (lead...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ali, Zuraina, Hashim, Haslinda
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2006
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/254/2/ZurainaAli2006_Berfikirsecarakritismelaluipengajaran.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/254/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Di antara kemahiran yang diperlukan oleh pihak industri di alam pekerjaan adalah untuk mencari graduan yang dapat berfikir secara kritis. Oleh itu, Soft Skills memainkan peranan yang penting untuk memenuhi hasrat pihak industri. Di antara elemenelemen Soft Skills yang penting adalah kepimpinan (leadership), berkomunikasi secara lisan mahupun penulisan (oral and written communication), bekerja secara berkumpulan (teamworking), keupayaan belajar (learning capabilities) dan nilai-nilai murni (positive values) yang diharap dapat membantu pelajar menjadi graduan yang mempunyai daya saing apabila memasuki alam pekerjaan. Melihat akan kepentingan kemahiran ini, pihak KUKTEM telah mencadangkan agar kemahiran berfikir secara kritis di bawah learning capabilities ini di ajar melalui subjek Kusasteraan Bahasa Inggeris. Subjek UHE3022 (Critical Thinking Through Literature) merupakan satu subjek elektif yang ditawarkan kepada pelajar tahun 3 di setiap fakulti. Pendedahan mengenai kemahiran ini digarap dengan pendedahan mengenai Taksonomi Bloom yang boleh membantu pelajar membina soalan-soalan dari tahap Knowledge, Comprehension, Application, Analysis, Synthesis hinggalah ke tahap Evaluation. Pelajar-pelajar akan didedahkan kepada pengisian seperti ‘poems’, ‘short stories’, ‘plays’ dan ‘popular culture’. Para pelajar digalakkan membaca, menyoal dan membuat pembentangan berdasarkan kepada sistem penilaian yang telah ditetapkan. Kertas kerja ini berhasrat untuk memberikan pendedahan bagaimana elemen Critical Thinking yang sangat dititikberatkan oleh pihak industri telah dilaksanakan melalui pengajaran Kesusasteraan bahasa Inggeris di KUKTEM.