Penggunaan Istilah Kimia dan Hubungannya dengan Penyelesaian Masalah Konsep Mol: Satu Kajian Kes di Kalangan Pelajar Tahun Dua Jurusan Pendidikan Pendidikan Kimia, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penguasaan istilah kimia dan hubungannya dengan penyelesaian masalah konsep mol. Sejumlah 18 orang pelajar tahun dua jurusan pendidikan kimia di Fakulti Pendidikan dipilih secara persampelan bertujuan sebagai sampel kajian. Instrumen yang digunakan dalam k...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Kamaruddin, Meor Ibrahim, Ambrose, Marie Stella, Heng, Lee Ling
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/2338/1/112.Meor.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/2338/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penguasaan istilah kimia dan hubungannya dengan penyelesaian masalah konsep mol. Sejumlah 18 orang pelajar tahun dua jurusan pendidikan kimia di Fakulti Pendidikan dipilih secara persampelan bertujuan sebagai sampel kajian. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah satu set soalan penyelesaian masalah terbuka (open-'ended questions) yang melibatkan tiga jenis soalan. Soalan ini adalah untuk menguji penerangan, pencapaian dan hubungkait antara istilah- istilah kimia di kalangan pelajar. Pemerhatian dijalankan terhadap corak jawapan- jawapan yang diberikan oleh pelajar di samping temubual. Kaedah triangulasi digunakan untuk menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan kebolehan pelajar untuk menyelesaikan masalah konsep mol dengan mengaplikasikan istilah-istilah kimia adalah lemah. Walaupun pelajar dapat menguasai istilah-istilah yang berkaitan dengan konsep mol, mereka tidak dapat menghubungkaitkan dengan konsep mol. Ini menyebabkan pelajar gagal menguasai serta menyelesaikan masalah dalam konsep mol. Hakikat ini menunjukkan betapa pentingnya kajian yang berkaitan dengan istilah-istilah dalam menguasai sesuatu konsep dan penyelesaian masalah dalam pendidikan kimia.