Faktor-faktor yang mempengaruhi gejala ponteng di kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selesa Jaya 2, Skudai

Ponteng sekolah merupakan salah satu masalah disiplin yang semakin ketara. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi gejala ponteng di kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selesa Jaya 2, Skudai, Johor. Sampel kajian terdiri daripada 50 orang pelajar ting...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mat Nor, Norhasilah, Hamzah, Aspaniza, Junus, Nurul Farhana
Format: Article
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/23000/1/JEPC-5-2012-003.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/23000/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Ponteng sekolah merupakan salah satu masalah disiplin yang semakin ketara. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi gejala ponteng di kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selesa Jaya 2, Skudai, Johor. Sampel kajian terdiri daripada 50 orang pelajar tingkatan Empat. Pemilihan sampel kajian ini berdasarkan semakan buku kedatangan kelas dan buku kehadiran sekolah. Soal selidik telah digunakan sebagai instrument kajian dan diedarkan kepada sampel. Para pelajar ini dipilih secara rawak mudah. Analisis kajian dibuat berdasarkan min dan peratusan dengan menggunakan perisian Statical Packages for the Social Science (SPSS) versi 19.0. Ujian kebolehpercayaan telah dijalankan ke atas 10 orang responden yang tidak termasuk dalam sampel kajian dan Alpha Cronbach yang diperoleh ialah 0.849. Keseluruhan hasil kajian menunjukkan bahawa punca utama berlakunya ponteng di kalangan pelajar ialah faktor rakan sebaya. Keputusan kajian menunjukkan faktor rakan sebaya merupakan faktor paling dominan yang mendorong pelajar ponteng sekolah. Kajian ini juga mendapati bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor ponteng seperti faktor sikap pelajar, suasana sekolah, guru, rakan sebaya, keluarga dan media elektronik dengan pendapatan keluarga. Tahap faktor gejala ponteng di kalangan pelajar sekolah menengah secara keseluruhannya adalah berada pada tahap yang sederhana.