Hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui adakah terdapat hubungan di antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar. Di samping itu, kajian ini juga ingin mengenalpasti gaya pembelajaran manakah yang diberi tumpuan atau keutamaan oleh pelajar serta adakah terdapat hubungan di antara fakto...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Yahaya, Azizi, Hashim, Shahrin, Wan Hamid, Wan Zuraidah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2002
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/2292/1/Aziziyahaya__Hubungan_Gaya_Pembelajaran_dengan_Pencapaian.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/2292/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengetahui adakah terdapat hubungan di antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar. Di samping itu, kajian ini juga ingin mengenalpasti gaya pembelajaran manakah yang diberi tumpuan atau keutamaan oleh pelajar serta adakah terdapat hubungan di antara faktor keluarga, pengajaran guru dan rakan sebaya dengan gaya pembelajaran. Seramai 120 orang pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan UIu Tiram dan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Skudai Baru telah terlibat sebagai responden. Soal selidik mengandungi soalan berbentuk demografik bagi mengetahui profil responden dan lapan puluh soal selidik yang berdasarkan instrument daripada” Learning Styles Questionnaires Honey and Mumford “ (1992) serta tiga puluh soal selidik berkaitan dengan faktor keluarga, pengajaran guru dan rakan sebaya. Ujian korelasi pearson digunakan untuk menganalisis data dalam kajian hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian pelajar. Di dapati nilai pekali r di antara gaya pembelajaran dengan pencapaian pelajar adalah 0.0 hingga 0.2. Ini menunjukkan tidak terdapat hubungan di antara dua pembolehubah tersebut, Kajian ini juga telah mendapati bahawa gaya pembelajaran dominan yang menjadi amalan para pelajar adalah Reflektor dan gaya pembelajaran sampingan adalah Teoris. Ini diikuti oleh gaya pembelajaran Pragmatis dan akhirnya gaya pembelajaran Aktivis. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya pembelajaran Reflektor, Teoris dan Pragmatis dengan faktor keluarga, pengajaran guru dan rakan sebaya. Tidak terdapat hubungan di antara gaya pembelajaran Teoris dengan faktor keluarga, pengajaran guru dan rakan sebaya. Diakhir kajian beberapa cadangan disertakan sebagai bahan rujukan dan panduan kepada semua pihak, agar dapat dimanfaatkan demi untuk kecemerlangan proses pengajaran dan pembelajaran.