Kesan aktiviti kelab dan persatuan pelajar UTM ke atas pencapaian akademik

Kelab dan persatuan merupakan satu landasan yang diharap dapat menyeimbangkan di antara pencapaian akademik dan pembangunan kemahiran generik dalam diri pelajar di sekolah mahupun institusi pengajian tinggi (IPT). Justeru, penglibatan dalam aktiviti kelab dan persatuan dijadikan merit bagi kemasukan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ngajikin, N. H., Esa, M. R. M., Ahmad, A., Idrus, S. M., Malik, N. N. N. A.
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2006
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/144/2/NHNgajikin2006_Kesanaktivitikelabdanpersatuan.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/144/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kelab dan persatuan merupakan satu landasan yang diharap dapat menyeimbangkan di antara pencapaian akademik dan pembangunan kemahiran generik dalam diri pelajar di sekolah mahupun institusi pengajian tinggi (IPT). Justeru, penglibatan dalam aktiviti kelab dan persatuan dijadikan merit bagi kemasukan ke IPT. Sebilangan majikan juga meletakkannya sebagai salah satu garispanduan untuk mengambil pekerja. Namun demikian, terdapat sebilangan pelajar yang dilihat terlalu obses terhadap kegiatan berpersatuan sehingga memberi kesan negatif kepada pencapaian akademik. Kertas kerja ini melihat perkaitan di antara pencapaian akademik pelajar dan aktiviti kelab dan persatuan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Analisis kesan penglibatan pelajar dalam kelab dan persatuan terhadap kecemerlangan akademik dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu kelab dan persatuan akademik, bukan akademik, agama dan kolej kediaman. Kajian dilakukan dengan melihat perbandingan keahlian kelab dan persatuan dengan pencapaian akademik pelajar. Min statistik penglibatan menunjukkan dalam aktiviti berbentuk akademik mahupun bukan akademik di peringkat universiti dan fakulti adalah hanya sekitar 2.0. Penglibatan pelajar di peringkat kolej kediaman pula lebih rendah pada min 1.67. Penglibatan pelajar mengikut bangsa memperlihatkan jurang perbezaan yang besar bagi pelajar melayu (pm) dan pelajar bukan melayu (pbm) dalam kegiatan akademik dan bukan akademik serta peringkat penglibatan.