Kepuasan kerja adalah peramal kepada keinginan berhenti kerja secara sukarela: satu kajian di sebuah penguasa tempatan

Literatur gelagat organisasi melaporkan bahawa kajian dahulu banyak menghuraikan dimensi dalaman kepuasan kerja, iaitu kepuasan kerja intrinsik dan kepuasan kerja ekstrinsik. Agak mengejutkan apabila kajian yang dilaksanakan baru-baru ini mendedahkan bahawa tahap kepuasan kerja yang tinggi berupaya...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ismail, Azman, John, Cindy, Boerhannoeddin, Ali, Md Rasip, Osman, Wan Ismail, Wan Khairuzzaman
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia 2011
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/1257/3/WanKhairuzzamanWanIsmail2012_KepuasanKerjaAdalahPeramalKepada.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/1257/
http://www.fppsm.utm.my/download/cat_view/13-jurnal-kemanusiaan/135-bil-19-jun-2012.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Literatur gelagat organisasi melaporkan bahawa kajian dahulu banyak menghuraikan dimensi dalaman kepuasan kerja, iaitu kepuasan kerja intrinsik dan kepuasan kerja ekstrinsik. Agak mengejutkan apabila kajian yang dilaksanakan baru-baru ini mendedahkan bahawa tahap kepuasan kerja yang tinggi berupaya mengurangkan keinginan pekerja untuk berhenti kerja. Sifat perhubungan ini adalah penting, tetapi peranan kepuasan kerja sebagai peramal keinginan untuk berhenti kerja adalah kurang diberi penekanan dalam model kepuasan kerja. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengukur kesan kepuasan kerja ke atas keinginan pekerja untuk berhenti kerja menggunakan 150 borang soalselidik yang telah dikumpul daripada pekerja yang berkhidmat di dewan bandaraya kota kinabalu, sabah, malaysia. Keputusan analisa regresi “stepwise” menunjukan dua dapatan penting: pertama, kepuasan kerja intrinsik tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan keinginan pekerja untuk berhenti. Kedua, kepuasan kerja ekstrinsik mempunyai hubungan yang signifikan dengan keinginan pekerja untuk berhenti. Dapatan kajian ini mengesahkan bahawa tahap kepuasan kerja intrinsik yang tinggi tidak berupaya untuk mengurangkan keinginan pekerja untuk berhenti kerja. Sebaliknya, tahap kepuasan kerja ekstrinsik yang tinggi berupaya mengurangkan keinginan pekerja untuk berhenti kerja. Seterusnya, perbincangan dan implikasi kajian turut dihuraikan dalam kertas kerja ini.