Persepsi pelajar tahun empat (Perdana) Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan (JPTK)terhadap program latihan industri

Kajian ini dijalankan untuk meninjau persepsi pelajar tahun empat perdana di Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan terhadap latihan industri. Fokus kajian adalah tertumpu kepada empat perkara utama iaitu kerelevanan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dari fakulti dengan kehendak indust...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Tahir, Lokman, Zakaria, Mohd. Faizal
Format: Article
Language:English
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/11924/1/Persepsi_Pelajar_Tahun_Empat.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/11924/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk meninjau persepsi pelajar tahun empat perdana di Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan terhadap latihan industri. Fokus kajian adalah tertumpu kepada empat perkara utama iaitu kerelevanan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dari fakulti dengan kehendak industri, kemahiran generik yang diperoleh semasa latihan industri, kesesuaian penempatan latihan industri dengan bidang pengkhususan dan kerjasama pihak industri dengan pelajar yang mengikuti program latihan industri. Kajian berbentuk deskriptif ini melibatkan 104 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tahun akhir (perdana) Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, UTM. Instrumen kajian yang digunakan mengandungi 40 item yang berdasarkan kepada skop kajian. Kebolehpercayaan soal selidik ini telah diuji dan Alfa Cronbachnya ialah 0.86. Data-data yang dikumpulseterusnya dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for windows Version 13. Hasil analisis daripada persoalan kajian mendapati bahawa latihan industri memberi manfaat kepada pelajar, fakulti dan pihak industri khususnya dalam memenuhi keperluan industri dan pengetahuan serta juga memberi keyakinan kepada pelajar. Beberapa cadangan telah dibuat untuk memantapkan program latihan industri bagi membolehkan pelajar bersiap sedia untuk menjalani latihan industri kelak.