Pencapaian akademik di sekolah jenis kebangsaan (Tamil) yang berstatus sekolah kurang murid (SKM) di daerah Kota Tinggi, Johor.

Kebanyakan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di Malaysia, dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM). Majoriti SKM terletak di luar bandar seperti ladang-ladang dan pekan kecil. Pencapaian akademik murid di SKM adalah lemah jika dibandingkan dengan sekolah harian biasa. Pekara ini harus dikaji ba...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abu Bakar , Zainudin, S.Haridas, Dineshkumar
Format: Article
Language:English
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/11735/1/Pencapaian_Akademik_Di_Sekolah_Jenis_Kebangsaan.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/11735/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kebanyakan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di Malaysia, dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM). Majoriti SKM terletak di luar bandar seperti ladang-ladang dan pekan kecil. Pencapaian akademik murid di SKM adalah lemah jika dibandingkan dengan sekolah harian biasa. Pekara ini harus dikaji bagi mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik murid di SKM. Secara amnya kajian ini bertujuan mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik murid di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) yang berstatus Sekolah Kurang Murid (SKM) di daerah Kota Tinggi, Johor. Kajian ini mengambil Guru Besar- Guru Besar di tiga buah Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) yang berstatus Sekolah Kurang Murid (SKM) di daerah Kota Tinggi, Johor. Kajian yang dijalankan berbentuk kualitatif dan menggunakan temu bual sebagai instrument kajian. Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa faktor persekitaran memainkan peranan dalam mempengaruhi pencapaian akademik murid. Di samping itu, kemudahan infrastruktur, bahan pengajaran dan pembelajaran dan kualiti guru yang mempengaruhi pencapaian akademik perlu dipertingkatkan. Oleh yang demikian cadangan diberikan bagi mengatasi permasalahan ini. Cadangan tersebut diberikan kepada setiap pihak yang berkaitan dengan kajian ini.