Penguasaan kemahiran memerhati dan kemahiran meramal dalam mata pelajaran sains di kalangan pelajar tahun lima daerah Johor Bahru

Kajian ini bertujuan mengetahui penguasaan kemahiran memerhati dan kemahiran meramal dalam mata pelajaran Sains dikalangan pelajar Tahun Lima merentas bahasa, sikap dan pencapaian dalam peperiksaan setara. Dalam kajian ini, penguasaan yang dimaksudkan meliputi faktor pengetahuan dan kefahaman pelaja...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ibrahim , Mohd. Ali, Husain, Rohiza
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/11612/1/Penguasaan_Kemahiran_Memerhati_Dan_Kemahiran_Meramal_Dalam_Mata_Pelajaran_Sains_Di_Kalangan_Pelajar_Tahun_Lima_Daerah_Johor_Bahru.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/11612/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengetahui penguasaan kemahiran memerhati dan kemahiran meramal dalam mata pelajaran Sains dikalangan pelajar Tahun Lima merentas bahasa, sikap dan pencapaian dalam peperiksaan setara. Dalam kajian ini, penguasaan yang dimaksudkan meliputi faktor pengetahuan dan kefahaman pelajar dalam kemahiran – kemahiran tersebut. Responden kajian terdiri daripada 148 orang pelajar tahun lima di daerah Johor Bahru. Dua jenis alat kajian yang digunakan dalam kajian ini iaitu soal selidik yang mengandungi 25 item soalan dan Ujian Penguasaan Kemahiran Memerhati dan Meramal yang mengandungi 10 soalan objektif. Nilai kebolehpercayaan bagi alat kajian ini adalah ? = 0.84. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Statistik deskriptif digunakan bertujuan untuk mengenalpasti taburan frekuensi responden yang terlibat manakala statistik inferensi pula adalah untuk mengenalpasti perbezaan antara faktor pengetahuan dan kefahaman terhadap bahasa, sikap dan pencapaian responden. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor pengetahuan dan kefahaman terhadap bahasa, sikap dan pencapaian responden dalam peperiksaan setara. Oleh itu, adalah dicadangkan supaya kajian ini dapat diteruskan dengan meluaskan skopnya agar keputusannya dapat dilihat dengan lebih menyeluruh.