Tahap Pengetahuan Amalan Keselamatan Makmal Sains Dalam Kalangan Guru Pelatih Sains, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap pengetahuan keselamatan makmal sains dalam kalangan 85 orang guru pelatih sains tahun empat sesi 2006/2007/01 yang terdiri daripada kursus empat SPC, Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia), empat SPK, Sarjana Muda Sains Komputer Serta Pendidikan (Kimia)...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Kamaruddin , Meor Ibrahim, Yazit @ Yajit, Nurul Huda
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/11600/1/Tahap_Pengetahuan_Amalan_Keselamatan_Makmal_Sains_Dalam_Kalangan_Guru_Pelatih_Sains.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/11600/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap pengetahuan keselamatan makmal sains dalam kalangan 85 orang guru pelatih sains tahun empat sesi 2006/2007/01 yang terdiri daripada kursus empat SPC, Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia), empat SPK, Sarjana Muda Sains Komputer Serta Pendidikan (Kimia) dan empat SPN, Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains) di fakulti pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Antara aspek yang dikaji dalam kajian ini adalah aspek peraturan am makmal, kebakaran, penggunaan peti pertolongan cemas dan pengendalian bahan kimia. Kajian dijalankan dengan menggunakan set borang soal selidik (?=0.736) yang terbahagi kepada dua bahagian. Data-data diperolehi dengan menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 32 item untuk memperolehi data. Data-data dianalisis secara manual untuk mendapatkan kekerapan dan peratusan bagi setiap maklum balas responden terhadap item-item yang dikemukakan. Dapatan kajian menunjukkan pengetahuan responden terhadap amalan keselamatan makmal sains pada tahap baik (71.0%). Namun, responden hanya menunjukkan tahap pengetahuan yang memuaskan bagi aspek kebakaran. Beberapa cadangan telah dikemukakan di bahagian akhir laporan.