Pemahaman Konsep Pelajar Tingkatan Empat Dalam Tajuk Ikatan Kimia Di Skudai Johor

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap pemahaman pelajar terhadap tajuk ikatan kimia. Aspek yang dikaji iaitu tahap pemahaman pelajar mengenai tajuk ikatan kimia, salah konsep yang dihadapi oleh pelajar dalam tajuk ikatan kimia, tahap minat mata pelajaran kimia di kalangan pelajar, perhubun...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nordin, Aziz, Chin, Mei Tang
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/11251/1/AzizNordin2010_PemahamaanKonsepPelajarTingkatanEmpat.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/11251/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap pemahaman pelajar terhadap tajuk ikatan kimia. Aspek yang dikaji iaitu tahap pemahaman pelajar mengenai tajuk ikatan kimia, salah konsep yang dihadapi oleh pelajar dalam tajuk ikatan kimia, tahap minat mata pelajaran kimia di kalangan pelajar, perhubungan antara pemahaman tajuk ikatan kimia dengan minat terhadap mata pelajaran kimia di kalangan pelajar dan minat pelajar kumpulan pencapaian lemah dan sangat lemah dalam mata pelajaran kimia. Seramai 120 orang pelajar tingkatan empat dipilih secara rawak daripada enam buah sekolah menengah di daerah Skudai, Johor. Instrumen kajian ini ialah borang soal selidik. Data dianalisis secara kuantitatif dengan mengira kekerapan dan peratusan dengan menggunakan perisian SPSS Version 12.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pemahaman pelajar terhadap tajuk ikatan kimia adalah sederhana dan beberapa salah konsep pelajar dalam tajuk ini telah dikenal pasti. Selain itu, tahap minat pelajar terhadap mata pelajaran kimia adalah sederhana tetapi perhubungan minat pelajar antara pemahaman tajuk ikatan kimia terhadap mata pelajaran kimia adalah rendah. Minat pelajar rendah pencapaian dalam mata pelajaran kimia juga dapat ditentukan. Beberapa implikasi kajian terhadap perlaksanaan pendidikan kimia dan cadangan untuk kajian lanjutan turut dikemukakan.