Penilaian Perkhidmatan E-Majalah Matematik Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah

Majalah elektronik (e-majalah) ialah majalah atas talian berkonsepkan pembelajaran terbuka di mana bahan yang disediakan dapat dikongsi bersama di kalangan pembaca tanpa mengira tempat dan masa. E-majalah juga membenarkan medianya berkongsi dan bekerjasama dengan ciri-ciri media yang lain seperti au...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ismail, Zaleha, Kasmin, Khalid, Mohd Nor, Mohd Fazdli
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/11000/1/Penilaian_Perkhidmatan_E.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/11000/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Majalah elektronik (e-majalah) ialah majalah atas talian berkonsepkan pembelajaran terbuka di mana bahan yang disediakan dapat dikongsi bersama di kalangan pembaca tanpa mengira tempat dan masa. E-majalah juga membenarkan medianya berkongsi dan bekerjasama dengan ciri-ciri media yang lain seperti audio, video dan hiperlink. Dunia Matematik ialah e-majalah yang dibangunkan dengan menyediakan bahan pengetahuan matematik yang komprehensif menjangkau matematik di sekolah supaya pelajar dapat mendalami bidang matematik yang luas tanpa sempadan. Bagaimanapun, sejauh manakah penerimaan pelajar terhadap penggunaannya perlu dikaji untuk tujuan menentukan kualiti dan kebolehfungsiannya. Kajian ini bertujuan untuk menilai penerimaan pelajar terhadap perkhidmatan Dunia Matematik dari aspek emosi, sosial, pembelajaran dan persekitaran. Seramai 70 orang responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan lima dari dua buah sekolah menengah masing-masing di Johor Bahru dan Batu Pahat terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan ialah set borang soal selidik yang menggunakan pemeringkatan Skala Likert dan dianalisis menggunakan perisian SPSS (Statistic Package for Social Science) untuk mendapatkan nilai statistik dalam bentuk frekuensi, peratus dan min. Nilai Cronbach Alpha untuk menentukan kebolehpercayaan alat kajian ini ialah 0.784. Purata taburan min dikelaskan kepada tiga tahap iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Hasil kajian mengenal pasti penerimaan e-majalah matematik di kalangan pelajar dari aspek emosi, sosial dan pembelajaran adalah tinggi. Manakala tahap penerimaan emajalah matematik di kalangan pelajar dari aspek persekitaran adalah sederhana. Hasil kajian ini membuktikan bahawa pelajar memberikan sokongan yang tinggi terhadap penggunaan e-majalah Dunia Matematik untuk tujuan pembelajaran.