Pembangunan modul pembelajaran berintegrasikan permainan bagi subtopik pembiakan haiwan untuk Sains Tahun Dua.

Permainan merupakan salah satu elemen yang boleh diterapkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan motivasi murid untuk mempelajari topik yang diajar. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk membangunkan satu modul pembelajaran berintegrasikan permainan bagi subtopik Pembiakan Haiwan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ariffin, Nurul Hazwani, Mat Daud, Anis Nazihah, Mohd. Razak, Nur Raihana, Mohamad, Abdul Zul Hanizam, Abdullah, Norazilawati, Hasim, Nurhafizah
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Pendidikan Sultan Idris 2023
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/108756/1/NurhafizahHasim2023_DevelopmentofGam%20IntegratedLearningModuleforAnimalBreeding.pdf
http://eprints.utm.my/108756/
http://dx.doi.org/10.37134/jsml.vol11.sp.15.2023
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Permainan merupakan salah satu elemen yang boleh diterapkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan motivasi murid untuk mempelajari topik yang diajar. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk membangunkan satu modul pembelajaran berintegrasikan permainan bagi subtopik Pembiakan Haiwan untuk Sains Tahun Dua. Modul tersebut dibangunkan berpandukan lima fasa yang terdapat dalam model reka bentuk instruksional ADDIE. Akan tetapi, kajian ini hanya memfokuskan kepada pembangunan dan analisis kesahan modul tersebut. Modul tersebut menerapkan elemen merentas kurikulum iaitu murid diminta untuk menghasilkan topeng haiwan yang bertelur dan melahirkan anak. Modul tersebut juga mengintegrasikan elemen permainan yang memerlukan murid memakai topeng haiwan yang dihasilkan dan berkumpul mengikut kategori haiwan yang dipilih. Modul pembelajaran yang dibangunkan telah dinilai dari aspek kesahan muka dan kandungan oleh tiga orang pakar. Analisis kesahanmenunjukkan modul tersebut mempunyai peratus pesetujuanpakar yang tinggidari aspek kesahan muka(93%) dan kesahan kandungan (92%). Modul pembelajaran berintegrasikan permainan yang dibangunkan dijangka dapat menarik minat murid untuk mempelajari Sains dan meningkatkan kefahaman mereka tentang cara pembiakan haiwan.