Belajar sambil bermain di dalam kelas pada peringkat pendidikan awal kanak-kanak

Kanak-kanak menggunakan keupayaan mereka untuk berfikir bagi menyelesaikan masalah menggunakan kreativiti semasa bermain dengan mainan dan, rakan sepermainan akan menggalakkan keinginan untuk mencuba perkara baru dan berbeza mengikut imaginasi mutlak mereka. Pengkaji memilih Permainan Papan Warna da...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Janius, Naldo, Mohd. Ishar, Mohamad Izzuan, Yusof, Yusni, Bang, Pamella, Sid, Rizah, Wong, Grace
Format: Article
Language:English
Published: Secholian Publication 2023
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/108664/1/MohamadIzzuan2023_BelajarSambilBermaindidalamKelas.pdf
http://eprints.utm.my/108664/
http://dx.doi.org/10.47405/mjssh.v8i4.2248
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kanak-kanak menggunakan keupayaan mereka untuk berfikir bagi menyelesaikan masalah menggunakan kreativiti semasa bermain dengan mainan dan, rakan sepermainan akan menggalakkan keinginan untuk mencuba perkara baru dan berbeza mengikut imaginasi mutlak mereka. Pengkaji memilih Permainan Papan Warna dan Bentuk Asas sebagai satu kaedah pengajaran dan pembelajaran warna di prasekolah tersebut. Bermain merupakan teknik pengajaran di mana pengajaran dan pembelajaran tentang warna disampaikan oleh guru melalui langkah-langkah tertentu untuk mendapatkan hasil yang maksimum semasa bahan pengajaran. Bermain dipercayai dapat meningkatkan aktiviti kreatif yang memupuk imaginasi, fantasi, dan rasa ingin tahu kanakkanak. Kajian Tindakan dan Kajian Tinjauan dijalankan untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan Permainan Papan Warna dan Bentuk Asas dalam membantu murid mengenal warna di Tabika Kemas Rc Sg Manila Sandakan,dalam kaedah bermain sambil belajar ketika berada di dalam kelas . Peserta kajian terdiri daripada 10 orang Murid. Instrumen kajian yang digunakan adalah ujian pra, ujian pasca, borang senarai semak, rekod anekdot, dan temu bual. Data yang dikumpul akan diproses dengan menggunakan perisian Microsoft Excel untuk mendapatkan kekerapan, peratus, dan min. Hasil kajian menunjukkan min sebanyak 32.0% bagi ujian pra dan meningkat kepada 94.0% pada ujian pasca. Penggunaan kaedah Permainan Papan Warna dan Bentuk Asas dapat membantu kanak-kanak mengenal warna dan meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti kemahiran kreativiti yang melibatkan pembelajaran dalam seni visual. Sekiranya kaedah ini diaplikasikan dengan betul dan baik, murid lebih mudah menguasai kemahiran mengenal warna dan penglibatan murid dalam aktiviti kreativiti khususnya pembelajaran dalam seni visual dapat dipupuk dengan lebih baik.