Penerapan Kemahiran ‘Employability’ Di Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang, Johor Bahru
Kajian ini dibuat adalah bertujuan untuk mengenalpasti penerapan kemahiran ‘employability’ yang diterapkan oleh tenaga pengajar di Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang(ILPPG). Dalam konteks kajian ini, hanya tiga elemen yang dikaji iaitu penerapan kemahiran akademik, kemahiran mengurus diri d...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
2010
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/10589/1/Penerapan_Kemahiran.pdf http://eprints.utm.my/id/eprint/10589/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini dibuat adalah bertujuan untuk mengenalpasti penerapan kemahiran ‘employability’ yang diterapkan oleh tenaga pengajar di Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang(ILPPG). Dalam konteks kajian ini, hanya tiga elemen yang dikaji iaitu penerapan kemahiran akademik, kemahiran mengurus diri dan kemahiran kerja kumpulan. Seramai 48 orang responden yang terlibat dalam kajian ini. Set soal selidik digunakan sebagai instrumen untuk kajian ini. Kaedah sekala likert 5 mata digunakan untuk mendapatkan maklumat. Data dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan peratusan. Dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sceince (SPSS) versi 11.5. Hasil kajian menunjukkan bahawa penerapan kemahiran akademik yang diterapkan oleh tenaga pengajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran ialah kemahiran berkomunikasi, kemahiran mengurus sumber, kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah dan kemahiran menggunakan nombor. Manakala dalam penerapan kemahiran mengurus diri pula tenaga pengajar menerapkan kemahiran bersikap positif, bertanggungjawab dan kemahiran menyesuaikan diri. Akhir sekali, kemahiran kerja kumpulan pula yang diterapkan oleh tenaga pengajar ialah kemahiran bekerjasama dengan orang lain dan kemahiran melibatkan diri di dalam sesuatu projek atau kumpulan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keseluruhan responden telah diberi penerapan kemahiran ‘employability’. Ini kerana peratusan purata setiap soalan kajian berada pada tahap tinggi iaitu melebihi 80%. |
---|