Minat Pelajar-Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Akademik Di Negeri Johor Terhadap Mata Pelajaran Vokasional Kursus Grafik Berkomputer

Minat seseorang pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran memainkan peranan yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kursus Grafik Berkomputer mula diperkenalkan di sekolah menengah akademik pada tahun 2003. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui sejauh mana minat pelaja...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mukhari, Abd. Wahid, Ismail, Nor Hasheila
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/10583/1/Minat_Pelajar.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/10583/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Minat seseorang pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran memainkan peranan yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kursus Grafik Berkomputer mula diperkenalkan di sekolah menengah akademik pada tahun 2003. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui sejauh mana minat pelajar terhadap Grafik Berkomputer serta faktor-faktor yang mempengaruhi minat tersebut. Faktor-faktor yang dikaji merangkumi aktiviti yang dijalankan, peralatan perisian yang digunakan dan kaedah pengajaran guru di dalam pengajaran dan pembelajaran Grafik Berkomputer. Soal selidik adalah instrumen kajian yang digunakan untuk mendapatkan maklumat bagi menentukan minat pelajar terhadap kursus tersebut. Hasil daripada kajian rintis yang telah dijalankan kepada pelajar-pelajar Tingkatan Empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Laloh, Kelantan yang mengambil kursus Grafik Berkomputer, soal selidik memiliki kebolehpercayaan yang tinggi dengan nilai alpa yang diperoleh ialah 0.8314. Kajian ini telah dijalankan di empat buah sekolah di negeri Johor yang melibatkan seramai 105 orang pelajar Tingkatan Empat yang mengambil kursus Grafik Berkomputer. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) Windows version 10.0 untuk mendapatkan frekuensi, min dan peratusan. Hasil kajian menunjukkan 86.26% pelajar berminat dengan aktiviti yang dijalankan, 83.38% pelajar berminat dengan peralatan perisian yang digunakan dan 83.98% pelajar berminat terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan. Kesimpulan daripada analisis data mendapati bahawa majoriti pelajar-pelajar berminat terhadap kursus Grafik Berkomputer. Faktor-faktor yang dikaji didapati memainkan peranan dalam menarik minat pelajar terhadap kursus Grafik Berkomputer.