Konsep Pendidikan Bersepadu Serta Penerapan Nilai-Nilai Murni Dalam Pengajaran Matematik Menengah Rendah

Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji sejauhmana tahap kefahaman guru terhadap konsep pendidikan bersepadu serta pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni di dalam pengajaran oleh guru-guru matematik(kumpulan sasaran) di sekolah-sekolah menengah di daerah Manjung. Kajian ini melibatkan 70 orang gur...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hamdan, Abdul Rahim, Zahari, Azharul Nizam
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/10466/1/Konsep_Pendidikan_Bersepadu_Serta_Penerapan_Nilai.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/10466/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji sejauhmana tahap kefahaman guru terhadap konsep pendidikan bersepadu serta pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni di dalam pengajaran oleh guru-guru matematik(kumpulan sasaran) di sekolah-sekolah menengah di daerah Manjung. Kajian ini melibatkan 70 orang guru yang mengajar matematik tingkatan satu,dua dan tiga di 10 buah sekolah menengah di daerah Manjung, Perak. Rekabentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk deskriptif dengan menggunakan soal selidik. Data kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS 15 dan melibatkan kaedah statistik seperti kekerapan, peratusan, min dan juga ujian t. Hasil daripada analisis yang telah dijalankan mendapati guru-guru matematik memahami konsep pendidikan bersepadu seperti pengabungjalinan diantara subjek agama dan matematik. Guru memahami bahawa konsep asas pendidikan bersepadu ialah hubungan kesepaduan diantara unsur agama, emosi, rohani dan intelek amat perlu di dalam mendidik pelajar. Guru-guru juga mempunyai sikap yang positif di dalam melaksanakan penerapan nilai-nilai murni di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil daripada dapatan kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan diantara guru lelaki dan guru perempuan tentang kefahaman konsep pendidikan bersepadu dan pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni di dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebagai cadangan, guru haruslah memantapkan lagi kefahaman mereka tentang konsep pendidikan bersepadu dan menunjukkan contoh yang baik supaya pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Sokongan, kerjasama dan pemantauan oleh semua pihak terutama daripada pihak –pihak atasan seperti pengetua, pejabat pelajaran daerah, jabatan pelajaran negeri dan kementerian pelajaran Malaysia amatlah diperlukan agar pelaksanan penerapan nilai-nilai murni dapat dilaksanakan dengan baiknya selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.