Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris Sebagai Persediaan Untuk Kerjaya Dalam Kalangan Pelajar Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan
Kajian ini merupakan satu kajian deskriptif untuk mengenalpasti tahap penguasaan Bahasa Inggeris sebagai persediaan untuk kerjaya dalam kalangan pelajar tahun empat di Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 41 orang pelajar telah dipi...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
2010
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/10441/1/TAHAP_PENGUASAAN_BAHASA_INGGERIS_SEBAGAI_PERSEDIAAN_UNTUK.pdf http://eprints.utm.my/id/eprint/10441/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini merupakan satu kajian deskriptif untuk mengenalpasti tahap penguasaan Bahasa Inggeris sebagai persediaan untuk kerjaya dalam kalangan pelajar tahun empat di Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 41 orang pelajar telah dipilih sebagai sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik yang mengandungi 53 item. Kajian rintis dijalankan untuk mendapatkan nilai alpha bagi instrumen kajian iaitu α = 0.86. Data yang diperolehi telah diproses dan dianalisis dengan menggunakan Pakej Statistik Untuk Sains Sosial (SPSS) Versi 15.0 untuk mendapatkan nilai alpha serta analisis deskriptif berbentuk frekuensi dan peratusan. Hasil kajian mendapati bahawa tahap kemahiran membaca, menulis dan mendengar dalam Bahasa Inggeris pelajar adalah sederhana manakala bagi kemahiran bertutur pula adalah rendah. Pada keseluruhannya, tahap penguasaan Bahasa Inggeris pelajar adalah sederhana. Walaubagaimanapun pelajar berpendapat penguasaan Bahasa Inggeris adalah penting sebagai persediaan untukkerjaya. |
---|