Bab 9 : Menyingkap sikap pelajar terhadap subjek matematik di sekolah menengah kebangasaan

Sukar untuk difahami tentang apa itu si kap pelajar dalam pembelajaran matematik, namun ia berkait rapat dengan tingkahlaku pelaja r terhadap pelajarannya . Seseorang pelajar yang boleh mengikuti pelajarannya dengan aktif da n baik dikatakan sebagai pelajar...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ismail, Zuhaimy
Format: Book Section
Language:English
Published: Universiti Teknologi Malaysia 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/10436/1/Bab9.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/10436/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sukar untuk difahami tentang apa itu si kap pelajar dalam pembelajaran matematik, namun ia berkait rapat dengan tingkahlaku pelaja r terhadap pelajarannya . Seseorang pelajar yang boleh mengikuti pelajarannya dengan aktif da n baik dikatakan sebagai pelajar bersikap positif terhadap pelajaran matematiknya seba liknya sikap tidak sanggup menghabiskan masa menyelesaikan masalah, kurang aktif berfikir, da n tidak aktif bertanya, boleh dikatakan pelajar tersebut mempunyai sikap yang negatif terhadap pembelajaran matematik. Sikap pelajar terhadap pelajaran sering dikaitkan dengan pencapaian pelajar dalam subjek tersebut. Guru mempunyai peranan yang amat besar dan perlu mengenali dan memahami sikap pelajarnya terhadap subjek matematik. Sika p yang ada pada pelajar sering kali tidak dapat dikenalpasi oleh pelajar tetapi ianya memerluk an pertolongan guru bagi menilai sikap pelajar terhadap matematik. Dalam pendidikan matema tik, guru berperanan mewujudkan komunikasi, perundingan guru-pelajar, dan mengaktifkan pr oses pembelajaran. Bishop, 1985 menyatakan, “Guru mempunyai matlamat pengajaran yang tert entu dan matlamat itu berbeza daripada matlamat yang dipunyai oleh pelajar. Perundingan ialah interaksi bermatlamat antara guru dan pelajar yang masing-masing cuba mencapai matlamat masing-masing”. Dalam mempelajari subjek matematik, tidak mencukupi untuk me ngubah tingkahlaku seseorang kerana sikap mempunyai pengaruh yang lebih terhadap per ubahan dalam tingkahlaku (Bingham, 1986). Oleh itu pembentukan sikap yang positif terhadap pempelajaran matematik adalah satu matlamat dan harapan yang akan memastikan keberkes anan pembelajaran matematik seterusnya membentuk generasi akan dating yang mempunyai pemikiran mantik, analisis, bersistem dan kritis, berkemampuan menyelesaikan masalah kompleks dan mempunyai kebolehan menggunkan ilmu pengetahuan matematik. Ini semua akan dapat membantu individu tersebut berfungsi dalam kehidupan seharian yang be rkesan dan bettanggungjawab, dan menghargai kepentingan dan keindahan matematik. Oleh itu guru dan sekolah memainkan peranna yang amat penting dalam menentukan keberkesanan pe ngajaran dan pembelajaran subjek matematik. Sikap pelajar terhadap subjek matematik ini amat penting. Oleh itu, tumpuan utama pendidikan matematik adalah untuk membentuk sikap pelajar yang positif dan melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik. Memahami sipak pelajar terhadap subjek matematik amatlah penting bagi membentuk mereka supaya memahami konsep matematik, memban gunakan kemahiran, dan seterusnya menghayati matematik dalam penghidupan seharian, kerana matematik mempunyai ciri ilmu yang mampu menyelesaikan masalah. Untuk tujuan tersebut, satu kajian telah dijalankan untuk mengenalpasti sikap pelajar di sekolah menenga h kebangsaan terhadap subjek matematik. Antara persoalan penyelidikan yang dibangunkan termasuklah, apakah tahap sikap pelajar terhadap subjek matematik, perbezaan sikap dikalangan pe lajar, dan peranan sosiodemografi.