Pembangunan modul pembelajaran terarah kendiri mengenai konsep dan gelagat kos bagi mata pelajaran perakaunan kos di Politeknik Sultan Hj. Ahmad Shah, Kuantan

Masalah yang sering melanda pelajar dalam proses pembelajaran mereka adalah kekurangan bahan rujukan yang sesuai dengan peringkat mereka. Mereka terpaksa menggunakan buku teks untuk memahami sesuatu pelajaran yang diajar. Penggunaan buku teks ini bukan sahaja rumit tetapi menyukarkan pemahaman pelaj...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Rashid, Norbizuna
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2004
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/7383/1/24p%20NORBIZUNA%20ABDUL%20RASHID.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7383/2/NORBIZUNA%20ABDUL%20RASHID%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7383/3/NORBIZUNA%20ABDUL%20RASHID%20WATERMARK.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7383/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Masalah yang sering melanda pelajar dalam proses pembelajaran mereka adalah kekurangan bahan rujukan yang sesuai dengan peringkat mereka. Mereka terpaksa menggunakan buku teks untuk memahami sesuatu pelajaran yang diajar. Penggunaan buku teks ini bukan sahaja rumit tetapi menyukarkan pemahaman pelajar lantaran beberapa kriteria tertentu yang tidak sesuai dengan pelajar. Oleh yang demikian, adalah perlu pelajar dibekalkan dengan bahan rujukan yang boleh membantu mereka untuk memahami lebih mudah sesuatu pelajaran. Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana responden menerima modul pembelajaran yang dibangunkan dari empat aspek penting iaitu ketepatan isi kandungan, keberkesanan persembahan, kesesuaian ilustrasi dan kecukupan aktiviti. Seramai 34 orang responden dipilih daripada pelajar Diploma Akauntansi semester empat dan 8 orang pensyarah dari Jabatan Perdagangan di POLISAS diambil sebagai sampel kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa para pelajar dan pensyarah memberi maklum balas positifterhadap modul pembelajaran yang dibangunkan dari empat aspek yang dikaji. Ini bermaksud bahawa penggunaan modul dalam pembelajaran boleh dilakukan sama ada sebagai bahan rujukan atau sumber ABBM.