Tahap kemahiran kebolehdapatan kerja berdasarkan aplikasi pembelajaran berasaskan projek dalam kalangan pelajar senibina Universiti Awam Malaysia

Dewasa ini, dalam sektor industri pembinaan khususnya didapati bahawa graduan senibina kurang memiliki kemahiran kebolehdapatan kerja ketika berada di alam pekerjaan. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji mengenai tahap kemahiran kebolehdapatan kerja dalam kalangan pelajar senibina melalui apl...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Syed Iskandar, Sharifah Hasnul Izzaty
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/514/1/24%20SHARIFAH%20HASNUL%20IZZATY%20SYED%20ISKANDAR.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/514/2/SHARIFAH%20HASNUL%20IZZATY%20SYED%20ISKANDAR%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/514/3/SHARIFAH%20HASNUL%20IZZATY%20SYED%20ISKANDAR%20WATERMARK.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/514/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dewasa ini, dalam sektor industri pembinaan khususnya didapati bahawa graduan senibina kurang memiliki kemahiran kebolehdapatan kerja ketika berada di alam pekerjaan. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji mengenai tahap kemahiran kebolehdapatan kerja dalam kalangan pelajar senibina melalui aplikasi pembelajaran berasaskan projek dalam program senibina. Terdapat tiga elemen dalam kemahiran kebolehdapatan kerja yang dikaji dalam kajian ini iaitu kemahiran kepimpinan, kemahiran komunikasi dan kemahiran penyelesaian masalah. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kajian tinjauan. Kajian ini dijalankan di tiga buah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Sains Malaysia (USM). Responden bagi kajian ini terdiri daripada pelajar jurusan senibina. Sampel kajian seramai 242 responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar jurusan senibina di tiga buah universiti yang terlibat. Hasil dapatan daripada kajian ini menunjukkan bahawa tahap kemahiran kebolehdapatan kerja dalam kalangan pelajar jurusan senibina melalui aplikasi pembelajaran berasaskan projek ini berada pada tahap yang tinggi. Ini menunjukkan pelajar-pelajar daripada jurusan senibina ini mempunyai kemahiran yang tinggi dalam aspek kemahiran kepimpinan, kemahiran komunikasi dan kemahiran penyelesaian masalah. Cadangan daripada hasil kajian ini telah dikemukakan pada akhir laporan.