Penilaian pengurusan fasiliti di sekolah dasar negeri di Jakarta
Pendekatan baru pengurusan memerlukan peningkatan ke atas penyediaan pengurusan fasiliti di sekolah dasar negeri untuk memastikan sekolah - sekolah ini bersih, aman, dan lingkungan belajar yang sihat. Kajian memeriksa fungsi Pengurusan Fasiliti yang berhubungan dengan operasi harian dan pembaik...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English |
Published: |
2010
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/3606/1/24p%20RONNY%20NASRUN%20ADNAN.pdf http://eprints.uthm.edu.my/3606/2/RONNY%20NASRUN%20ADNAN%20WATERMARK.pdf http://eprints.uthm.edu.my/3606/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pendekatan baru pengurusan memerlukan peningkatan ke atas penyediaan pengurusan fasiliti
di sekolah dasar negeri untuk memastikan sekolah - sekolah ini bersih, aman, dan lingkungan
belajar yang sihat. Kajian memeriksa fungsi Pengurusan Fasiliti yang berhubungan dengan
operasi harian dan pembaikan, memeriksa variabel-variabel dan faktor-faktor bangunan yang
mempengaruhinya.
Fasa pertama kajian berasaskan pendekatan kuantitatif dengan menilai pengurusan
fasiliti pada sekolah dasar negeri di Jakarta. Alat kaji selidik di sini disebut Roda
perkhidmatan/ Service-On-Wheels, dan data dikumpulkan dari 300 buah sekolah dasar negeri
untuk menilai 24 jenis pengurusan fasiliti.
Kajian mendapati hubungan antara penilaian pengurusan fasiliti dengan ciri-ciri
bangunan atau faktor -faktor termasuk umur bangunan, keluasan, kondisi, jumlah pelajar, tidak
berpengaruh terhadap penilaian pengurusan fasiliti. Kajian ini menggunakan beberapa metod
analisis statistik termasuk regresi, korelasi dan histogram.
Dalam fasa kedua berasaskan pendekatan kualitatif melibatkan kutipan data ke
atas penyedia perkhidmatan iaitu 10 orang pegawai dinas pendidikan dasar DKI Jakarta
menggunakan instrumen temu bual separa berstruktur. Melalui kajian ini didapati
wujudnya keperluan untuk mengukur tahap kualiti perkhidmatan di dinas pendidikan
dasar DKI Jakarta. |
---|