Aplikasi Linus Matematik berasaskan permainan

Program LINUS merupakan satu program yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengatasi isu asas literasi dan numerasi yang masih tidak dapat dikuasai oleh murid sekolah rendah. Pada masa kini, kaedah pelaksanaan Program LINUS ini memerlukan guru membawa modul yang disedia...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Termezai, Nur Azilarina, Senan, Norhalina, Othman, Muhammad Fakri, Suparjoh, Suriawati
Other Authors: Ismail, Mohd Norasri
Format: Book Section
Language:English
Published: Penerbit UTHM 2020
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/3245/1/Bab08.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/3245/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Program LINUS merupakan satu program yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengatasi isu asas literasi dan numerasi yang masih tidak dapat dikuasai oleh murid sekolah rendah. Pada masa kini, kaedah pelaksanaan Program LINUS ini memerlukan guru membawa modul yang disediakan oleh pihak KPM atau mana-mana bahan yang disediakan oleh guru untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, aplikasi ini dibangunkan sebagai alat bantu mengajar alternatif kepada guru-guru untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, aplikasi ini juga boleh digunakan oleh ibu bapa untuk melakukan proses pembelajaran dan pengujian kendiri terhadap tahap kefahaman LINUS anak-anak mereka. Model ADDIE digunakan sebagai metodologi pembangunan aplikasi ini. Model ADDIE mempunyai lima fasa antaranya adalah menganalisis, reka bentuk, pembangunan, perlaksanaan dan penilaian yang mana setiap fasa adalah bersesuaian untuk pembangunan aplikasi pembelajaran. Pengujian aplikasi telah dilaksanakan oleh pengguna sasaran iaitu murid tahun 3 sekolah rendah. Hasil pengujian menunjukkan 100% responden setuju aplikasi ini memberikan pengalaman yang menyeronokkan. Selain itu, sebanyak 95% responden setuju aplikasi ini sesuai digunakan sebagai alat latihan kendiri. Di samping itu, 81% responden setuju aplikasi ini akan dapat meningkatkan pengetahuan. Secara kesimpulan, Aplikasi Linus Matematik ini telah berjaya dibangunkan dan mempunyai kebolehgunaan yang tinggi dan memenuhi kehendak pengguna sasaran.