Hubungan antara tingkah laku perkongsian pengetahuan dan tingkah laku kerja inovatif di kalangan pekerja PKS

Dalam ekonomi global yang semakin dinamik, pengetahuan menjadi sumber kepada organisasi untuk terus berkembang (Davenport & Prusak, 2005; Foss & Pedersen, 2002; Spender & Grant, 2006). Hal yang demikian, organisasi memerlukan pekerja yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu dan sed...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Syed Ahmad, Shariffah Syakilla Nisha, Abdullah, Nor Hazana, Rodzalan, Shazaitul Azreen
Format: Book Section
Language:English
Published: Penerbit UTHM 2020
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/3156/1/Bab06.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/3156/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam ekonomi global yang semakin dinamik, pengetahuan menjadi sumber kepada organisasi untuk terus berkembang (Davenport & Prusak, 2005; Foss & Pedersen, 2002; Spender & Grant, 2006). Hal yang demikian, organisasi memerlukan pekerja yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu dan sedia menyumbang keupayaan serta berkongsi pengetahuan yang mereka ada kepada pekerja yang kurang berpengalaman atau tidak mempunyai kemahiran (Hinds, Patterson & Pfeffer, 2001). Lantaran itu, pengurusan akan lebih berkesan dan berjalan lancar jika organisasi dapat memberi penekanan dengan menggunakan kelebihan serta sumber yang ada (Damodaran & Olphert, 2000).Pengetahuan didefinisikan sebagai kefahaman, kesedaran, aturan atau kemahiran yang diperoleh daripada pemerhatian, pembelajaran dan pengalaman (Johnson et al., 2005). Dalam pada itu, sumber pengetahuan yang dieksploitasi secara efektif dapat menjana idea yang bernas dan inovatif. Seterusnya, perkongsian pengetahuan adalah proses pemindahan pengetahuan daripada seorang individu kepada individu yang lain dalam sesebuah organisasi (Park & Im, 2003). Ia juga merupakan proses dalam mengumpul perkongsian pengetahuan daripada para pekerja dalam organisasi tersebut. Perkongsian pengetahuan boleh dikaitkan dengan kesediaan atau keperluan pekerja untuk menyumbang pengetahuan atau kemahiran kepada pekerja lain. Menurut kajian lepas, amalan perkongsian pengetahuan yang cekap mempengaruhi inovasi pekerja (Yu, Yanfei & Hailin, 2007).